Selepas musim durian, musim peperiksaan pula

Lama dah tidak bersiaran, angin malas sudah lalu tapi angin panas pula menjelma. Jadi bila sudah panas-panas ini, kerjanya asyiklah hendak berkubang dibawah pendingin hawa dalam bilik yang satu lagi. Kalau sudah sejuk-sejuk datang penyakit mengantuk pula. Itulah sebabnya blog pun lama tidak dikemaskini.

Kini musim peperiksaan tiba lagi. Anak-anak tidak sibuk mengulangkaji, tapi ibubapa yang gelabah lebih. Nanti anak tak perform dalam peperiksaan, tak dapat banyak A, tak dapat pelajar terbaik.

Ada ibubapa yang genuine. Memang mahu anak dapat pendidikan terbaik dan keputusan cemerlang supaya menjadi bekalan dewasa kelak. Ada juga ibubapa yang competitive, nanti sampai masa nak banding dengan keputusan anak jiran belakang rumah, anak rakan sekerja sebelah cubicle dan sebagainya.

Apapun, pendidikan anak-anak adalah pendidikan yang berterusan. Dalam musim dan diluar musim peperiksaan.

Saya akui saya agak tertekan juga dengan peperiksaan anak-anak ini. Saya harus akui juga yang saya tidak pernah tekankan keperluan ulangkaji peperiksaan semasa minggu peperiksaan. Tidaklah bermaksud tidak perlu ulangkaji, tetapi ulangkaji biasa-biasa. Biasanya waktu peperiksaan saya pentingkan lebihkan solat dan doa dan doa dan bermain banyak-banyak serta rehat secukupnya.

Kenapa bermain banyak-banyak? Pelajaran dan pendidikan tidak berlaku hanya dalam kelas. Bukan juga dimeja belajar. Pendidikan dan pembelajaran berlaku disetiap waktu dan dimana-mana sahaja. Lagipun, bukankah badan cergas otak cerdas?

🙂

Saya juga pernah menulis yang saya tidak setuju dengan seorang pakar motivasi kecemerlangan pelajar yang terkemuka. Katanya (dalam promo radio yang saya dengar), pelajar tak perlu susah-susah belajar, tetapi perlu belajar cara menjawab soalan peperiksaan supaya dapat keputusan cemerlang. Patutlah terdapat lambakan A dikalangan pelajar sekarang, kerana mereka belajar cara jawab peperiksaan.

Mungkin tidak adil saya melabelkan semua pelajar secara am, tetapi saya kira ramai juga yang dapat keputusan cemerlang tetapi tidak cemerlang di kehidupan luar sekolah.

“Children are getting increasingly stressed out in schools with the emphasis on “high stakes” tests. They’re being taught how to take tests; they are not being educated.” – http://www.parentatthehelm.com

Tapi ini pengalaman orang biasa-biasa sahaja. Jika mahukan keputusan luarbiasa bagi anak anda, andalah tentukan caranya.

Semoga berjaya kepada anak-anak kita!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s