Anak sudah pandai berbasikal tapi Mak masih gemuk

umar berbasikal di taman pitis

Umar sudah boleh berbasikal. Alhamdulillah. Penat lelah membongkok pegang belakang basikal selama 4 hari membuahkan hasil.

Dahulu Umar memang ada basikal, tapi sebab saya bekerja dan saya tidak suka lepak-lepak diluar selepas balik kerja atau waktu cuti, maka basikalnya berkarat dek hujan. Akhirnya saya jual sahaja bangkai basikal itu pada lori si pemungut besi. Dapat RM2 sahaja kalau tidak silap. Beli gula pasir pun tak dapat.

Itu lama dahulu. Baru-baru ini saya baru perasan yang Umar masih tidak dapat menguasai matapelajaran matematiknya. Menurut seorang rakan, ibubapa boleh bantu meningkatkan kecerdasannya dengan stimulasi imbangan. Maksudnya, cuba pastikan dia boleh megimbangkan dirinya dengan baik. Sehingga kini saya tidak jumpa artikel yang menyokong tetapi tak mengapalah. Lagipun bukannya perkara buruk pun mengajar Umar mengimbangkan diri.

Jadi, saya pun menyarankan suami untuk membelikan Umar basikal. Alih-alih suatu hari dia bawa balik basikal tanpa roda sokongan. Umar perlu belajar terus untuk naik basikal beroda dua.

Semenjak hari itu bermulalah rutin baru, setiap petang perlu keluar rumah untuk mengajar Umar berbasikal. Dia ambil masa 4 hai sahaja dan selepas itu dia boleh berbasikal dengan baiknya.

kejar dari belakang

Rabu lepas, Umar mengajak saya keluar bermain seperti biasa. Tapi kali ini lain pula ajakannya.

“Mak kata mak dah gemukkan? Apakata mak kejar Umar naik basikal? (Dia berbasikal saya mengejarnya).”

Amboi, amboi, amboi. Pandai ye nak.

Mahu tidak mahu saya keluar juga. Tapi malangnya, belumpun puas dia berbasikal, rantai basikal sudah putus. Mungkin tulah kerana mengatakan emaknya gemuk. Namun saya bukan anak raja. Mana ada Tulah. Hahaha.

Sebenarnya bagus juga keluar rumah waktu petang. Sekurang-kurangnya tidaklah saya berkurung sepanjang masa dirumah. Walaupun saya tidaklah berlari-lari atau berskipping di luar rumah, tapi bolehlah menghirup udara segar, melihat dan menghargai kejadian alam.

main pelepah kelapa melaka

Anak-anak pun dapatlah berlari-lari, main pasir, main batu, main kayu. Kalau tidak asyiklah 611 atau youtube atau youville sahaja aktivitinya.

Selain itu, masa berada diluar rumah itu selalunya saya gunakan untuk hubungi mak saya. Kadang-kadang niat hendak hubunginya ada, tapi selalu sangat tidak dapat mengadakan masa.

Umar sudah pandai naik basikal, kaitannya dengan matematik belum dapat dipastikanšŸ™‚

Emaknya masih lagi gemuk, kerana Umar masih lagi minta saya mengejar dia sehingga hari ini. Kalau sudah kurus mestilah dia tidak suruh lagi kan?

Tapi saya seronok. Itu yang pasti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s