Apa ada di Pulau Besar?

Semalam kami ke Pulau Besar. Suami ada program PAS dan mereka menggalakkan bawa keluarga untuk mempereratkan ukhwah. Bagus juga idea tu.

Pulau Besar dekat sahaja dengan rumah kami, tapi tak pernah pergi kerana tak tahu tarikan apa yang ada disana. Pernah juga ke jeti anjung batu, melihat laut dan juga bot sambil makan aiskrim. :))

Jadi peluang semalam memang sangat menarik.

Sepatutnya kami bertolak jam 8 pagi, tetapi dek kerana ada orang cuma baca angka dan bukan ayat dalam SMS, maka tertinggal botlah kami. :))

Di jeti anjung batu

Bot dari jeti Anjung Batu bermula jam 8 pagi, 10 pagi dan rasanya selepas itu jam 12 tgh. Tiket dewasa RM14, Kanak-kanak RM10 dan kanak-kanak belum bersekolah RM3.

Perjalanan hanya 20 minit lebih kurang. Sekejap tetapi menariklah untuk kanak-kanak yang pendek attention span. Bukan apa, kanak-kanak ni mula-mula dia seronok, tapi kalau lama sangat mulalah nanti merengek kebosanan.

Setibanya di jeti Pulau Besar, ada van-van menanti untuk membawa kami ke Chalet D Puteri. (Ada apa dengan D? Pleik betul suka sangat guna D di pangkal nama restoren dan Chalet). Tambang van itu RM2 seorang. Chalet itu ringkas sahaja. Berdekatan dengan Surau yang ada wakaf makanan kari kambing di tengahari dan juga berdekatan dengan makam Makam Sultanul Aarifeen dan Makam Syarifah Rodziah.

chalet pulau besar

Sampai sahaja di Chalet, anak-anak ternampak kolam renang. Apalagi, memang terus terjun tiruklah jawabnya. Jadi bermandianlah anak-anak hingga ja 12 tengahari. Sakan sungguh.

mandi di chalet d puteri pulau besar

Kemudian kami naik tukar baju dan turun semula untuk makan tengahari. Jika anda ingin datang berkunjung, eloklah bawa makanan sendiri. Mahal sungguh makanannya, al-maklum, kadar Pulau.

Usai makan, saya membawa anak-anak berjalan-jalan. Waktu itu laut surut jadi dapatlah tunjukkan kepada anak-anak tentang kejadian surut di pantai. Kemudian kami berjalan ke hadapan sedikit, nampak ramai sungguh pengunjung India Muslim di Makan Sultanul Aarifeen dan Makan Sharifah Rodziah. Menurut keterangan disitu, Sultanul Aarifeen berasal dari Baghdad dan sewaktu beliau ke Makam Rasulullah s.a.w, beliau mendapat amanat untuk menyebarkan Islam ke sebelah Alam Melayu. Lebih kurang begitulah ceritanya. Jika hendak membaca lebih tentang ceritanya, anda boleh lawat blog http://ahmadazam.blogspot.com atau cari buku Misteri Pulau Besar hasil nukilan Ana Faqir.

Pagar di sekeliling makan itu ditutup sewaktu solat Zuhur, mungkin kerana pegawai yang menjaga pintu makam itu hendak solat dan mengelakkan ada orang masuk dan membakar setanggi kerana ada yang percaya kubur itu ada keramat.

Entahlah.

Selesai solat Zohor, kami kembali ke bilik. Oleh kerana kami sudah makan dan rakan-rakan lain belum, maka bilik itu sangat selesa. Hamzah dan Sawda terus tertidur, penat mandi agaknya.

Petang itu, jam 3 anak-anak hendak sambung main air semula. Jadi saya bawalah mereka. Sambung mandi hingga jam 4.30 petang. Kulit masing-masing pun sudah seperti udang kena bakar. Hari ini nampak kesan sunburnt. :))

Bot terakhir jam 6 petang, jika anda ketinggalan bot tersebut, nampaknya terpaksalah bermalam disana. Saya tidak sempat explore tempat-tempat lain, tapi jika dibaca di blog dan diinternet, banyak tempat lain untuk dilawati seperti berikut:-

* keramat Sultanul Aarifeen
* Perigi di Kaki Pulau
* Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
* Batu Tengkorak
* Pokok Disula
* Tasik Biawak
* Batu Belah
* Keramat Masin Tawar
* Istana Bunian
* Perkampungan Bunian
* Tasik Bunian
* Gua Yunus
* Keramat Ular
* Makam Nenek Kebayan
* Perigi Tempayan Pecah
* Makam Tok Janggut
* Makam Tujuh Beradik
* Makam Seribu
* Makam Nisan Satu
* Perigi Nenek Musallimah
* Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
* Makam Sultanul Aarifeen
* Makam Syarifah Rodziah
* Batu Lesung
* Batu Gajah
* Gelanggang Silat Fatimah
* Batu Damar Wulan
* Perigi Bunian
* dan Tasek Bunian

Saya agak khuatir hendak bawa anak berjalan-jalan sangat. Takutlah kalau apa-apa terjadi nanti balik rumah tidak dapat tidur malam pula. Lagipun leceh hendak bawa mereka bertiga sedangkan saya seorang sahaja. Lain kali mungkin boleh.

Kalau hendak gambaran dan cerita lebih menarik, boleh baca catatan ringkas kak NorAflah di blognya. Ada gambar-gambar dan penerangan lebih lengkap sebelum anda kesana.

Tetapi, jika sudah ke Melaka, apa salahnya melawat Pulau Besar sekali.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s