Bacaan Ringan Untuk Kepala Berat

Semalam seharian saya dan suami di Kuala Lumpur. Anak-anak tidak dibawa bersama kerana kami masing-masing ada urusan yang berlainan. Tidak sesuai rasanya hendak membawa anak-anak terutama sekali Sawda tidak sihat dan Umar pula akan menduduki peperiksaan hari ini. Saya tidak mahu dia letih.

Dalam perjalanan pulang, terasa pula hendak membaca bahan bacaan ringan . Sudah lama rasanya saya tidak membeli majalah,  jadi saya beli majalah CLEO sahaja. Ringanlah tu sekadar untuk tengok-tengok gambar, cuci cuci mata.

Sewaktu didalam kereta, suami saya pun bertanya, kenapa awak beli CLEO?

Wah, dia tahu pula majalah CLEO.

Saya pun tanya semula, kenapa tak boleh baca CLEO?

Rupanya dia pelik kenapa saya beli CLEO kerana CLEO majalah untuk remaja. :))

Aik, takkanlah pula tidak boleh beli majalah untuk remaja? Takkanlah saya tua sangat. Belumpun 31 (ehem ehem).

Di stesen minyak tersebut memang ada majalah untuk wanita ‘dewasa’ tetapi entahlah, tidak pula rasa hendak membeli. Lagipun tujuannya adalah untuk melegakan tekanan, kalau baca majalah berat-berat lebih tertekan pula.

🙂

Tapi masalahnya dengan majalah light-light ini, selepas baca tidak tahu hendak buat apa. Sudahlah tidak mesra alam, pokok ditebang hendak buat kertas. Ecewah. Ini yang mula terasa semua hendak beli ipad2 (ehem ehem lagi).

Begitulah, one thing leads to another.

Oh ya, majalah apa pula yang anda beli ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s