Muda Sebelum Tua

Saya terbaca status seorang rakan di Facebook yang berbunyi begini,

Rafidah Mohamad Rani
ada seorang uncle yg merupakan ahli perniagaan berkata kepada saya “bagus you mula business masa muda-muda nih, sbb masih kuat nak hadapi tekanan/cabaran. kalau baru nak mula masa tua, boleh kena sakit jantung!!”.

Setuju sangat.

Memang saya sangat setuju.

Sewaktu hendak mula berniaga, inilah yang suami saya katakan. Jika tidak sekarang, bila lagi?

Ada juga sahabat handai yang menyarankan supaya tunggu pencen dahulu (saya dahulu bekerja di sektor awam), kemudian barulah buat bisnes full-time.

Saya dengar saranan itu, tetapi saya tidak ikut kerana saya tidak pasti samada saya masih ada kudrat atau tidak untuk mengharungi gelora, jatuh bangun, dan juga cabaran dalam memulakan perniagaan.

Sedangkan sekarang pun ada masa rasa hendak pengsan, give-up, malas dan tidak berdaya, tidak dapatlah dibayangkan jika pada usia 55 baru hendak bermula.

Benar, ada masa saya masih lagi bertanya diri sendiri, apa aku buat ni?

Tapi soalan-soalan dan sikap sebegini tidak akan membawa saya jauh. Daripada artikel yang saya baca, antara 10 sebab kenapa usahawan muda gagal adalah kerana sikap yang suka bertangguh, tidak bijak mengambil peluang, lambat bertindak apabila ada peluang, gagal menguruskan masa, bersikap jumud dan mementingkan diri sendiri, penakut dan terlalu selesa.

muzium samudera melaka

Saya mahu tembusi halangan ini. Saya bisa jatuh dan tumbang sekarang, namun saya masih punya kudrat untuk bangkit dan bangunkan semula semangat dan jayakan perniagaan saya ini.

Ayo!

Perniagaan itu jihad dan gunakanlah masa muda sebelum tua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s