Tidak Boleh Ajar Anak Sebelum Usia 7 Tahun?

Biar benar?

Saya terbaca dari blog mybabycanread yang mengupas mengenai persoalan ini yang didapati dari blog surirumahtangga.blogspot.com (tidak sempat cari entry yang mana satu)

Disini saya berikan entry tersebut,

“Sebenarnya dua hari lepas, semasa menonton perbincangan dalam rancangan “Al-Nafs wal Hayah”, Dr Tarek Habeeb, pakar psikologi Islam (berasaskan Islamisasi Ilm), ada menyebut tentang perkara ini. Namun penjelasan beliau berkaitan dengan memupuk kasih sayang. Beliau menegaskan bahawa “tidak boleh mengajar kanak-kanak membaca sebelum berumur 7 tahun, begitu juga tidak boleh menyuruh mereka menghafal quran dan ilmu-ilmu lain.”

Ini kerana peringkat ini sepatutnya kanak-kanak diberikan sepenuh kasih sayang serta diberi sepenuh kebebasan untuk memiliki dan meluahkan perasaan kasih terhadap keluarga dan alam sekeliling mereka. Setelah berumur 7 tahun ajarlah apa-apa yang kita ingin ajar mereka. Bagi beliau terlalu cepat mengajar anak-anak akan menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi apabila besar nanti. Jadi saya teringat pelbagai kisah anak-anak genius di Malaysia yang ditimpa pelbagai masalah ketika besar. Mungkin itulah masalah yang diperkatakan oleh pakar psikologi itu. Begitulah sedikit idea beliau, yang banyak berasaskan sunnah Rasulullah s.a.w.

Jadi saya terfikir, rupa-rupanya ada juga orang lain yang berfikiran begini. Apakah yang sepatutnya kita amalkan? Maklumlah 2 orang anak saya dah belajar sebelum 7 tahun, ketika berada di Educare UIA, ikut sistem educare, manakala 2orang lagi agak lambat, ketika mereka masuk darjah satu. Memang ade perbezaan antara mereka. Teringat juga ketika berbincang dengan Dr Ulaahun (mengajar pendidikan anak-anak), beliau juga menegaskan agar kita memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak ketika berumur di bawah 7 tahun. Begitu juga tentang mendidik anak solat. Apabila membaca buku-buku ulama Arab, memang disebut agar mula mengajar ketika anak berumur 7 tahun. Kesemua mereka berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah anak-anakmu solat ketika berumur 7 tahun…”. Di samping itu juga,saya juga terpengaruh dengan kata-kata Saidina Ali yang membahagikan pendidikan anak-anak kepada 3 bahagian, 7 tahun pertama diberi sepenuh kasih sayang, 7 tahun kedua didisiplinkan dan 7 tahun ketiga dijadikan kawan.”.

Ulasan ringkas saya:

Ada benarnya kita tidak dibenarkan untuk mengajar anak sebelum usia 7 tahun. Jika dilihat dari senario sekarang, ibubapa jadi stress apabila ajar anak dan anak tidak dapat tangkap atau tidak mahu ikut apa yang diajar.

Apabila berlakunya tekanan dan stress sebegini, maka ia menyebabkan ibubapa naik marah dan bagi sesetengah kes (seperti berlaku dirumah saya, kadang-kala) akan ada adegan membebel tak sudah oleh ibu. Anak pula stress juga dan menangis. Ada yang sudah dipujuk pun menangis lebih kuat, maka bebelnya lebih panjang silap-silap ada yang naik tangan.

Semua pun naik!

Aduh, sedihnya. Jadi kebenaran ada disitu. Setiap perkara yang dilakukan mestilah bersederhana. Anak zaman sekarang ini jika kita tidak ajar pun, mereka akan belajar dari sekeliling mereka. TV, Internet, dan sebagainya. Maka ibubapa mempunyai peranan disini.

Saya kira, ajar mereka tetapi bukan memaksa mereka untuk terus dapat dan ingat dan praktik apa yang dipelajari.
Peperiksaan atau ujian tidak penting bagi mereka. Itu bukanlah satu-satunya cara untuk menilai keberkesanan pelajaran dan proses pembelajaran.

Ingatlah (pesanan buat saya terutamanya), anak yang gembira akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

🙂

Ok nak jemput anak, harapannya supaya tidak marah-marah hari ini. Try to walk the talk.

4 thoughts on “Tidak Boleh Ajar Anak Sebelum Usia 7 Tahun?

  1. I’ll take whatever is said with a pinch of salt. All the great scholars and sahabah, including Anas bin Malik r.a, learned way before 7. Just because a few people failed or were unable to cope, does not make it a universal truth. Pressure and unrealistic expectation makes ppl go nuts, not learning.

    • Salam Sakina, i don’t take it seriously too.

      Either we want it or not, kids will learn. They learn from us, from the environment, from tv etc. However, it is fitrah that they will learn by play.

      As a playgroup operator and teacher, i’ve seen that kids will be at their best when they play and having fun. Therefore, it is the way to teach them. Not by force. We don’t want them to hate the learning process that later will cause a bigger issue.

      But again, different people will have different approach. Let’s celebrate the differences.🙂 Thanks for commenting.

  2. Normally, it is the parents who are over ambitious in getting their children to ‘achieve’ something I doubt they were forced to achieve themselves in their pre-school years, maybe due to competition. The element of force and stress should never be in the learning process at any phase in our lives. Nevertheless, it is bad idea to let the children learn by themselves unaided. Parents have an important role to channel the right input to their kids which will in turn, guide their way of thinking, beliefs and shape their character. Stuffs from TV and internet can be damaging if not filtered :S Should also look out for subliminal damaging inputs from these sources.

    We should not be too obsessed with grades but focus on developing the child’s character and beliefs. Muslim parents should focus on inputting Islamic way of life, something not much offered by the TV and internet. Muslim children should be taught to be proud as Muslims to avoid growing into secular-minded ppl with identity crisis. It all starts from home, from when our children are very little. Such HUGE responsibilities parents have! Unfortunately, most parents now don’t even have time for their kids, often so busy with work, seeking wealth (so claimed to be for a better life for their children) … that they start to delegate this important task to others😦

    • Cywnire, I so agree with you especially on the delegating part. We have to remind ourselves that it’s always human before things. If we need to delegate, delegate the work (housework, officework etc) but never delegate the responsibility to educate our kids.

      May Allah grant us all the strength to raise our children.

      Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s