Abah For Life

abah for life

Seringkali kita lihat para ibu memainkan banyak peranan dalam keluarga terutamanya dalam menyediakan makan, pakai, persediaan ke sekolah, mempersiapan anak untuk peperiksaan sehingga kepada sekecil=kecil perkara seperti memotong rambut dan  kuku.

Seringkali juga kita dapat perhatikan yang lelaki tonggak utama dirumah, seorang abah melepaskan tanggungjawabnya ke pundak ibu kerana pada mereka para ibu boleh menggalas segalanya dengan lebih baik.

Wah, lebih baik?

Bukankah itu satu pujian dan penghargaan kepada kita, para ibu?

Bukan sama sekali.

Keluarga yang hebat dan bahagia tidak bisa tercipta dengan hanya kehadiran ibu sahaja. Ada sebabnya kenapa diciptakan Adam dan Hawa, ibu dan bapa. Terdapat beberapa perkara yang hanya seorang abah boleh berikan serta tidak sama impaknya jika diambilalih oleh si ibu.

Contohnya, saya punya anak lelaki, Umar namanya. Usianya sudah 7 tahun. Sudah pun berkhatan jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk galakkan dia ke bersolat di masjid terutamanya Solat Jumaat. Sebagai seorang ibu yang berada dirumah sepenuh masa, boleh sahaja saya bawa dia ke masjid pada setiap waktu atau sekurang-kurangya pada waktu Maghrib dan Isya’. Tetapi, perbuatan solat berjamaah itu tidak boleh dilakukan bersama saya. Saya pasti perlu solat disebalik tabir, terpisah dengan anak saya itu. Bagaimana Umar akan belajar tentang adab di masjid jika saya berada jauh darinya.

Oh, mungkin anda boleh katakan yang ada jamaah lain di masjid. Bolehlah Umar perhatikan dan lihat serta ikut perlakuannya. Tetapi, jika dia hadir bersama abahnya, iaitu suami saya, dia akan dapat belajar lebih banyak perkara.

1. Umar akanlebih yakin kerana nampak ada abahnya bersama menemani dia di masjid.

2. Pergerakan dalam solat, tidak sama pergerakan lelaki dan perempuan. Abah pasti boleh tunjukkan caranya yang lebih betul.

3.Umar pasti boleh belajar ilmu bersosial dan bergaul dengan masyarakat daripada abahnya apabila dia melihat abahnya berbual, berinteraksi dan komunikasi dengan jamaah lain.

Cara berfikir si abah juga sangat penting dalam pembentukan personaliti dan perkembangan emosi anak-anak. Abah sering bermain dengan kasar dengan anak bukan untuk mengajar mereka menjadi agresif. Dalam pada mereka berguling dan bertumbuk itulah, anak dan abah menjalinkan hubungan emosi mereka.

abah umar hamzah transformers

Abah bukan sahaja penting dalam kehidupan anak lelaki malahan anak perempuan jua. Saya pernah terbaca yang seorang perempuan cenderung untuk memilih calon suami yang mempunyai ciri-ciri abahnya. Jadi perlu sangat seorang abah mempunya ciri-ciri lelaki yang hebat dan soleh supaya kelak mendapat menantu lelaki yang sama hebat untuk menjaga anak perempuannya.

Jika anda perasan, selalunya abah akan mengambil jalan yang lebih mudah (simple) dalam mengajar anak-anak. Itu memang cara mereka. Ibu pula akan lebih fokus tentang objektif dan kesan kepada anak-anak hinggakan dalam memilih permainan pun mereka akan timbang buruk baiknya permainan itu.

Saya harus akui banyak perkara gila-gila dan spontan yang hanya abah kepada anak-anak saya sahaja yang boleh lakukan. Pengalaman sebegini walaupun kecil dan remeh sahaja nampaknya tetapi pasti memberikan pengalaman yang tidak boleh diberikan oleh saya. Sifat humor suami saya banyak melegakan dan meredakan ketengangan dalam keluarga. Oleh itu sangat penting suami saya terus memainkan peranan dalam menghadirkan bukan setakat dirinya sahaja malah seluruh jiwa dan raganya dalam keluarga kami.

Anda boleh baca lebih lagi tentang perbezaan kaedah keibubapaan abah dan ibu di artikel ini yang diambil dari www.articlesaboutmen.com.

Jika anda seorang ibu dan mahukan sudut pandang berbeza dalam kaedah keibubapaan menurut pandangan para bapa, atau anda seorang bapa yang mahukan Kumpulan Sokongan Para Bapa Untuk Kebapaan Positif, silalah LIKE fanpage ABAH yang dikelolakan oleh Ustaz Hasrizal ini.

Semoga kita semua dapat sama-sama membina keluarga dan rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Amin.

2 thoughts on “Abah For Life

  1. dapat abah cam sebol dan aku.. abis laa.. tunggang langgang rumah..!
    time bergurau macam berperang..

    nasib kau laa nak.. dapat ‘abah’ orang-0rang geek cam ni.

    bukan kata tak sensitip.. tapi jiwa tu tak suka berfikir keterlaluan..
    bukan kata tak nak tolong.., tapi balik keje dah letih.. baik main dgn anak ajer.😀

    hehehe.. pasukan penyokong ‘abah’ dah tiba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s