Anak Soleh Anak Cemerlang Idaman Hati

Dua tiga minggu ini saya seringkali rasa tension dan tertekan. Ada sahaja yang anak-anak buat yang boleh menyebabkan saya naik marah dan hilang kawalan. Semakin hari semakin bengang jadinya. Sehinggalah pada hari Sabtu lepas, saya membuat komitmen kepada diri sendiri untuk tidak menjerit kepada anak walau apa pun terjadi.

Apabila kita sudah buat komitmen sebegitu, dengan bantuan Allah swt ia boleh berlaku dengan mudahnya. Komitmen itu dimulai dengan doa dan disertai dengan usaha.

Antara yang saya lakukan bagi menjayakan komitmen saya adalah dengan memberikan mereka merasai akibat perbuatan mereka itu (selagi tidak merbahaya dan merosakkan diri). Bila sudah jatuh dan sakit barulah tahu kenapa saya tidak benarkan buat begitu. Itupun ada kala tidak faham-faham juga.

hamzah jatuh berdarah

Selain itu, satu lagi cara yang saya lakukan adalah berikan pujian. Pujian mestilah tepat pada waktunya untuk ia berkesan. Jika hendak memuji, ibubapa perlulah beritahu apa yang anak lakukan sehingga dia layak menerima pujian itu.

Contohnya pada suatu malam, saya beritahu yang Hamzah adalah “Brainy Young Caliph” (dia suka benar jika dipanggil gelaran itu, memang duta BYC) apabila dia meletakkan botol susu didalam sinki selepas habis minum susu. Semenjak itu, selepas minum memang dia sendiri letakkan botol susu di sinki dan dia sendiri. Walaupun keadaan itu tidak kekal lama, 2-3 hari selepas itu dia sudah lupa, itu adalah kerana saya tidak membuat peringatan dan penegasan.

Setiap sesuatu perkara hendaklah diperingatkan berulang kali barulah ia boleh lekat di minda. Alangkan kita yang tua ini pun hendak mengingat sesuatu perkara kena diulang berkali-kali, ini pula kanak-kanak seperti Hamzah yang dalam fikirannya hanya main-main dan main sahaja.

Sawda pula memang kuat menangis jika diusik abang. Dia mengusik tidak mengapa, jangan orang buat dia. Saya tidak galakkan untuk dia mengadu, takut besar nanti dia jadi pengadu domba dan mengada-adakan cerita untuk menarik perhatian. Jadi setia kali dia menangis, saya akan pastikan dia cerita apa yang terjadi. Kemudian abang pula cerita apa yang dibuat. Dari situ saya tanya semula pada mereka siapa yang salah. Pastilah Sawda tidak mengaku salah. Abang pula ada kala mengalah, ada kala mahu menegakkan kebenaran. Sekurang-kurangnya, aktiviti itu adalah satu proses untuk mereka menimbang baik dan buruk perbuatan mereka. Biar mereka sendiri buat keputusan apa yang dibuat tu betul atau salah.

umar anak soleh

Jika anda berada di Melaka hujung minggu ini, satu Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang anjuran Biro Wanita Isma Melaka  akan diadakan di Rumah Media Melaka, MITC pada 28 Mei 2011 mulai jam 8-5 petang. Penceramah adalah terdiri daripada Ustazah Nor Saleha, Dr. Zainurrasyid, Dr. Norizam, Ustaz Zamani dan Ustazah Nik Norsaha. Hebat-hebat mereka ini, jadi janganlah lepaskan peluang. Yuran penyertaan hanya RM40 seorang atau RM70 suami dan isteri.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web asaczonselatan.

sawda abaya

Insya Allah saya juga cuba untuk hadir. Pesanan Sayyidina Umar Al Khattab : ” Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu.” Ibubapa perlu akur dengan hakikat itu dan belajar mendidik anak-anak kita kerana keperluan sudah berbeza. Yuk!

2 thoughts on “Anak Soleh Anak Cemerlang Idaman Hati

  1. zurah… ko ade kontek2 geng2 mcm ko kat area JB tak… kalo ada, please let me know… bleh aku introduce wife aku kat diaorg… harap2 die dapat kongsi info2 dari pengalaman diaorg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s