Musim Bawa Pulang Buku Rekod

Buku Rekod Keputusan Peperiksaan.

Keputusan bagi anak.

Ujian bagi ibubapa.

Kenapa?

Kerana ibubapa akan diuji beberapa perkara.

  1. Bolehkan anda bersabar apabila melihat keputusan anak anda? Adakah dia berjaya mencapai keputusan yang cemerlang buat dirinya atau dia tidak berjaya mencapai jangkaan (expectation) anda?
  2. Adakah anda bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi tanpa membandingkan dengan adik beradik lain, rakan sekolahnya, anak rakan anda dan juga saudara mara?
  3. Apakah yang akan ada ucapkan kepadanya? Tahniah kerana dapat no 1? Atau bebelan tanpa henti kerana dapat markah kurang 1 daripada 100?
  4. Apakah yang akan anda lihat dahulu semasa menyemak kertas jawapan peperiksaannya? Yang salah dahulu atau yang betul itu?

Apa pun jawapan anda, simpanlah dalam diri dan sama-sama muhasabah diri. Saya mengajar anak saya yang keputusan itu boleh datang dari hasil pelbagai sebab. Faktor menjawab soalan dan persekitaran pada waktu menjawab soalan itu pun boleh jadi punca kepada keputusan yang dihasilkan. Yang penting, mereka faham apa yang dipelajari dan belajar apa yang mereka perlu belajar.

Saya suka sekali hendak berkongsi dengan pandangan dari DemandEuphoria,

jawapan peperiksaan diagnostik

“Even if I decided there was something my children absolutely needed to know, there would be no guarantee I could make them learn it. Not by sending them to school. Not by teaching them at home. So I won’t try. What I will do is give my children access to lots of different tools and experiences. I will support their interests, and they will learn what THEY need to learn. They will learn the things that are important to them. The things they will use in real life. Their own lists of “right things,” not written by anyone else. “

2 thoughts on “Musim Bawa Pulang Buku Rekod

  1. aku sokong qoute DemandEuphoria tu tapi aku rasa kena tambah sikit kot… kite xleh paksa apa yg anak kite harus belajar, biar die decide apa yang die nak belajar tapi kite kene guide die ape yg dia minat nak belajar…

    • betul. kita kena bagi tools pada diorang danberikan pendedahan secukupnya. Selepas itu boleh beri mereka pilihan samada hendak teruskan atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s