Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan

Semalam kami ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Semua kerja perlu diselesaikan sebelum office hour jadi kami perlu bertolak awal-awal pagi. Anak-anak semua sudah dicutikan. Siap-siap pesan kepada guru hamzah dan rakan umar yang mereka tidak akan kesekolah. Semenjak berhenti kerja ini, jarang-jarang saya tinggalkan mereka kalau ke mana-mana kecuali memang ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Kami tiba waktu solat Jumaat, kemudian bergegas ke sana kemari. Usai urusan saya, kepala sudah berdenyut-denyut. Suami saya ajak ke Food Court di Kota Damansara, makan Nasi Bawal Powe yang keluar Jalan-Jalan Cari Makan itu.

nasi bawal power

Saya memang sudah banyak kali dengar cerita tentang Bawal, kena pula ada darah Penang dalam diri ini tetapi kepala sakit aduh tak tahan. Memandangkan perut sudah lapar, mahu atau tidak kami perlu makan juga jadi saya pun ikutlah sahaja.

Tempatnya bersih, banyak pilihan makanan tapi migraie yang melanda tidak memungkinkan untuk menjamu selera. Berkali-kali saya berulang alik ke tandas, belum kira bawa anak sekejap seorang hendak kencing, sekejap lagi seorang yang lain pula, sudahnya ketiga-tiga hendak qada’ hajat.

Nasi Bawal itu memang simple tapi sedap terutama sambalnya tapi dek kerana tak tahan, saya jamah sedikit dan kemudian beritahu suami yang saya perlu tidur. Oleh kerana dia ada janji dengan kawan, saya pergi ke kereta dahulu dan anak-anak bersama dia.

Dalam hingar bingar dan keadaan tidak selesa itu, dapat juga saya tidur. Dua kali saya terkejut, kali pertama kali suami datang hantar barang, dan kali kedua mereka sudah selesai dan mahu bertolak pulang.

Hari ini apabila sudah sihat, suami saya pun bercerita yang kali pertama dia meletak barang, anak-anak dijaga sebentar oleh sahabatnya itu. Dia tidak sampai hati melihat saya, lalu bawa anak jalan-jalan disekeliling kawasan itu konon-kononnya hendak beli aiskrim dan jajan untuk beri saya lebih ruang kerehatan.

Aduh, agaknya ini pun salah satu contoh pepatah sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. :))

500 days of summer

Alhamdulillah diberi suami sebegini walaupun ada masa memang terasa geram tetapi seperti dalam cerita 500 days of summer, kita yang tentukan apa yang kita mahu lihat dalam perhubungan kita.

Yang eloknya atau yang buruknya?

Saya pilih yang elok-elok sahaja. Yang buruk itu tutup mata sebelah sahaja selagi tidak memudaratkan.šŸ™‚

Sekarang giliran saya menjaga anak memberi kerehatan kepadanya. Selamat berhujung minggu, ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s