Bercekau dan bercakaran

Saya baru sedar, anak-anak saya ini lebih tenang dirumah dari didalam kereta atau dalam perjalanan ke mana-mana. Sebelum ini kononnya hendak bawa mereka keluar supaya dapat menenangkan fikiran, tapi sudahnya makin haru dan kacau fikiran saya jadinya dek kerana bercakaran.

Dari hendak bersiap, hingga masuk kereta, membawa ke dalam perjalanan, sampailah tiba didestinasi tak sudah-sudah bercekau. Macam anjing dengan kucing, tak boleh berdekatan. Maknya pun sudah tumbuh kuku panjang sebab anaknya asyik bercekau sahaja.

Kalau tak menjerit, menangis atau merajuk, mereka membingitkan suasana dengan usik-mengusik, kemudian ketawa bagai hendak terkeluar anak tekak. Bak kata mak saya, macamana dia melalak macam tulah dia ketawa.

Namun apa nak buat. Takkan nak tinggalkan anak pula setiap kali keluar rumah? Nanti orang kata buat anak pandai, dah ada ditinggal-tinggal pula.

Satu tips adalah cari aktiviti yang kurang competitive buat pengisi masa dalam perjalanan. Dan sehingga mereka boleh kawal diri dalam kereta, perjalanan jarak jauh harus ditangguhkan dahulu.

Anda kemana pula cuti sekolah ni?<em

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s