3 perkara dari sekolah asrama yang lebih dihargai kini

dorm suria c45 1995

Saya pelajar sekolah berasrama penuh di Kluang, Johor. Masa disekolah banyak perkara yang saya belajar dan perlu buat. Ada perkara yang saya malas nak buat dan tak faham apalah keperluannya dahulu. Tapi setelah 17 tahun meninggalkan sekolah, kenangan itu datang semula. Dan ada perkara yang saya buat dengan terpaksa kini menjadi amalan seharian.

Terima kasih sekolahku, walaupun dulu tak sabar rasanya nak keluar dari sekolah.🙂

1. Riadah petang.

Dahulu masa di sekolah, setiap petang dalam jam 5.30 hingga 6.30 kalau tak silap ada waktu riadah paksa. Maknanya, kena kosongkan dorm dan pergilah beriadah dimana-mana yang disukai asalkan keluar dari dorm.
Ada beberapa ketika saya suka waktu riadah ini, seperti sewaktu tournament volleyball dan juga basketball. Memang riadah waktu yang ditunggu-tunggu kerana saya suka bermain volleyball dan basketball.

Namun selepas tournament tamat dan tiada lagi latihan, riadah sesuatu yang sia-sia. Kebanyakan masa dihabiskan berjalan-jalan atau duduk di kelas. Ada masanya kami pergi ke kelas orang yang diminati dan duduk dimejanya. Waktu tu tidak dapat lihat orangnya, dapat duduk dimeja pun sudah gembira. Merepek sungguh.

Kini, setiap petang seboleh-bolehnya saya galakkan anak-anak keluar rumah bermain. Alhamdulillah, semenjak saya berada dirumah sepenuh masa, dapatlah mereka bermain lebih sedikit diluar rumah. Kalau tidak kerjanya asyik main komputer atau menonton televisyen sahaja. Alhamdulillah, kerana dahulu terbiasa, jadi keluar rumah beriadah ini tidaklah lagi berat rasanya.

2. Solat Dhuha

Saya masih ingat, amalan Solat Dhuha ini mula diamalkan semasa kami dalam tingkatan satu. Cikgu Mohd Ghazali (saya pernah lihat di MHI, rasanya ada liputuan tentang KTM bawa pelajar sekolah asrama penuh yang tidak dapat diingat menaiki keretapi) yang menjadi pelopornya. Setiap tingkatan ada jadual dhuha sendiri.

Waktu itu memang berat hendak buat. Sudahlah waktu rehat pendek, hendak terkejar-kejar pula ke surau pula. Perlu ambil wudhu dan kemudian bawa telekung. Aduh malas tak terhingga. Tapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada CIkgu Mohd Ghazali, kini saya faham kenapa dia ‘memaksa’ kami sedemikian rupa. Kini kalau tidak dhuha sehari rasa rugi tidak terkata. Bayangkan jika 50% pelajar sekolah saya yang mengamalkan solat sunat dhuha ini dek kerana ‘paksaan’nya dahulu. Wah, lumayan pak pahalanya. Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasanya itu.

3. Public Speaking/ Pengucapan Awam

Semasa di tingkatan 3, kami memang ada meja yang dipotong kakinya untuk dijadikan platform/pentas kecil untuk public speaking harian. Setiap hari ada seorang yang akan naik ke ‘pentas’ dan bercakap apa sahaja topik. Saya rasa itu juga punca saya mendapat kemahiran bercakap dikhalayak ramai dan ada tahap keyakinan yang tinggi.

Itu belum lagi ditambah dengan pengalaman menjadi pengawas, kami ada jadual bertugas menjadi pengacara majlis di perhimpunan mingguan dan harian. Pada sesetengah orang, mereka ada phobia dengan mikrofon. Tapi kepada saya, janganlah beri mikrofon, nanti tidak mahu lepas pula. Itu kata Cik Puan Sabrina Basar dan Cik Puan Norasikin Rasol kini. Mungkin ada benarnya. Mereka yang nampak apa yang saya tidak sedar. :))

Saya bersyukur diberi kesempatan sedemikian kerana ia amat besar ertinya kepada saya. Jika tidak, saya bukanlah saya hari ini.

Apa pula yang anda paling ingat tentang sekolah?

2 thoughts on “3 perkara dari sekolah asrama yang lebih dihargai kini

  1. betullah wawa…
    banyak benda yg masa dulu kite punyalah tak suka dan takmo buat tp sebenarnye benda2 itulah yang menjadikan kite sepertimana kite sekarang…
    rindu zaman sekolah2 dulu…:-)

    • betul kan aineena. so boleh apply dengan mendidik anak. walaupun anak tak buat sekarang, kita tetap ajar juga dengan harapan suatu hari dia akan buat perkara yang kita ajar itu. Insya Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s