Bersangka baik dalam berblogging

Hari ini sekadar ingin berkongsi 2 perkara tentang dunia blog.

1 perkara yang perlu sentiasa diingat dalam memblog dan 1 perkara yang perlu disemat ketika membaca blog orang.

Ok, kita mulakan dengan 1 perkara yang perlu diingat semasa menulis blog.

“Kita boleh tulis apa sahaja, tetapi kebanyakan masa, maklumat yang ditulis tidak akan lengkap. Kita tidak boleh anggap orang faham apa yang cuba sampaikan atau apa kita rasa dengan maklumat yang sangat terhad. Jadi bersedia untuk mendapat apa sahaja komen membina atau membunuh”

Sebagai blogger dari tahun 2002, ya zaman itu saya berblog di PITAS.com, kita bisa mendapat pelbagai reaksi dari pembaca jika kita tidak dapat menulis dengan jelas tentang sesuatu perkara dengan jelas dan tepat. Walaupun it’s a free world, kita boleh tulis apa sahaja, pembaca pun boleh komen apa sahaja dengan membuat tanggapan mereka mengenali kita (hanya dari bacaan yang terhad itu). Boleh jadi tulisan kita pada beberapa tahun lepas akan timbul semula. Jadi bersedia sahaja.

Sekarang saya ingin kongsikan dengan anda 1 tips semasa membaca blog orang.

Merujuk kembali kepada tips diatas (sebagai penulis blog), kita sebagai pembaca blog harus ingat yang penulis blog itu tidak mungkin bisa memberikan keseluruhan maklumat mengenai sesuatu perkara. “Jadi, janganlah anggap kita mengenali seseorang itu hanya dengan membaca tulisannya sahaja walaupun anda sudah mengikuti khatam blog itu dari entri pertama sehingga entri terkini.”

Blog hanyalah cebisan dari kehidupan kita. Cerita-cerita atau isu yang ditulis secara sedar atau tidak sedar terpilih untuk dikongsikan. Maka, sewaktu hendak meninggalkan komen, kalau tak ada perkara elok yang hendak dikongsi, janganlah pula cuba menyakitkan hati.

Selamat beramal.

2 thoughts on “Bersangka baik dalam berblogging

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s