Bercuti dalam kereta

Cuti sekolah hampir tamat. Dua hari lagi sahaja yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah. How i wish my kids are all homeschooled so that we don’t need to rush to school anymore.

Kemana ada cuti-cuti sekolah ini? Ada rakan-rakan ke Sydney, Perth, Bangkok, Pangkor, Langkawi dan pelbagai tempat lagi. Anak-anak saya lebih gemar duduk dirumah. Bagus juga. Tetapi ada masa geram juga, orang hendak berjalan-jalan punyalah payah hendak dipujuk-pujuk pula.

Semenjak saya berhenti kerja kerajaan dan berniaga sendiri, kebanyakan masa kalau kami ke KL dihabiskan dengan berjumpa orang itu dan orang ini. Anak-anak jadi bosan kerana pergi KL bagi mereka bukan lagi berjalan-jalan melawat tempat itu ini tetapi sudah jadi duduk dalam kereta tunggu abah tunggu emak habis jumpa orang.

Kasihankan?

elektrik statik dalam kereta
Buat aktiviti sendiri dalam kereta. Ini belajar elektrik statik guna rambut Sawda. LOL

Sudahnya mereka pun mulalah mencari aktiviti di dalam kereta untuk menghiburkan hati mereka. Tapi aktiviti yang mereka suka adalah aktiviti bergasak. Semasa bergasak ketawa terbahak-bahak. Sekali terkena tumbuk lebih sikit, menangis terlalak-lalak.

Akhirnya, saya jadi marah dan mulalah mereka kena leter dalam kereta.

Oh, bila ditulis satu persatu kejadian dalam kereta, sedih pula rasanya.

Kami selalunya perlu habiskan semua perancangan dalam satu hari kerana kami tidak bermalam di destinasi. Ada ibu mertua yang tunggu dirumah. Tidak seronok rasanya meninggalkan beliau seorang diri.

Anak-anak memang lebih suka berada dirumah. Rumah luas dan banyak aktiviti boleh dibuat. Ada mainan, ada komputer, ada buku, ada kereta, ada TV dan bermacam-macam lagi. Tidaklah mereka terperuk sahaja.

rv is recreational vehicle

Seronokkan kalau Malaysia ada RV. Bolehlah rumah dibawa ke dalam perjalanan. Wah, boleh mula travelling homescool juga seperti dalam cerita RV. :)) Bisnes pun boleh kembang pesat sebab boleh jalan serata alam. Sampai satu lokasi je, kita buka booth. Ahaha.

Hmm..ada sesiapa hendak berkongsi cerita bagaimana melayan anak yang letih bercuti dalam kereta?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s