Tangan Yang Menghayun Buaian Perlu Berilmu

Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia. Tapi masakan boleh menggoncang dunia jika tiada ilmu didada? Mendidik anak pun perlu ilmu terutama zaman sekarang ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Jadi disinilah perlunya kita lihat tuntutan menuntut ilmu dikalangan Muslimah.

Rasulullah saw telah bersabda:
Menuntut imu itu adalah satu kefardhuan kepada Muslim

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.Dari Anas as sayuti menghukumkannya sebagai sahih dan juga Syeikh Albani)

Para ulama telah bersepakat bahawa wanita muslimah juga termasuk dalam maksud hadith tersebut. Oleh itu difardhukan ke atas wanita utk menuntut ilmu yg dpt memperbetulkan aqidahnya, mengelokkan ibadahnya dan menyelaraskan tindakannya agar selaras dengan kesopanan Islam dari aspek pakaian, perhiasan dan sebagainya serta mengawasinya ketetapan ALLAH di dalam perkara halal dan haram di dalam hak dan kewajipan serta membolehkannya menakah ilmu sehingga mencapai martabat ijtihad

Pengisian ilmu dipetik dari Malami’ al Mujtama alMuslim allazi Nansyuduhu karangan Syeikh Qaradawi, Maktabah Wahbah Kaherah dan ciri-ciri unggul Massyarakat Islam yg kita iIdamkan terjemahan Ust Mohammad Zaini Yahya Penerbitan Seribu Dinar.

Nota saya:

Saya sukacita untuk berkongsi dengan anda hasil dari perkongsian sahabat saya ini, Cik Puan Nour El Nageeb, seorang Pensyarah dari UPM. Beliau pada saya seorang sahabat yang banyak memberi motivasi dan inspirasi terutamanya dalam isu pendidikan dan wanita.

Wanita sebelum kdeatangan Islam tidak ditempatkan di kedudukan yang sepatutnya. Islam datang dan memberi keadilan kepada wanita. Wanita Islam bukan sahaja perlu menuntut ilmu agama  malahan pelbagai disiplin ilmu juga seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, pendidikan dan sebagainya.

Renungkan juga firman Allah ini,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,  “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9)

Untuk bacaan lain. boleh juga baca entri dari blog Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin mengenai tuntutan menuntut ilmu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s