Bekerja dari rumah: Suka atau sukar?

office byc

Bulan ini genap 6 bulan saya berhenti kerja makan gaji. Tetapi jika hendak dikira tempoh saya berada dirumah menjadi surirumah sepenuh masa, sudah 8 bulan lamanya. Pejam celik cepat benar masa berlalu meninggalkan kita.

Percaya atau tidak, tempoh 6 bulan tanpa gaji tetap bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ia juga tidak sukar. Ada masanya saya jadi tertanya-tanya kenapalah saya sanggup melepaskan gaji saya (yang baru naik itu)? Dengan kenaikan gaji baru, elaun baru, saya bisa menyimpan sekurang-kurangnya RM1000 setiap bulan untuk diri saya sahaja, belum lagi simpanan untuk anak-anak. Itu selepas ditolak hutang dan budget perbelanjaan bulanan.

gaji pertama byc

gaji pertama selepas berhenti makan gaji dengan orang lain

Dengan mengambil keputusan berhenti, bukan sahaja saya tidak dapat menyimpan, malahan terpaksa pula mendengar cakap-cakap orang. Ada ketika lain, saya rasa sangat tidak bermotivasi dan rendah diri melihatkan kawan-kawan lain.Pernah juga pada suatu malam saya bermimpi saya mendapat semula kerja lama saya. Sungguh lega rasanya, tetapi bila bangun rupanya mainan tidur semata-mata.

Namun, disebalik itu semua, saya sebenarnya tidak kesal dengan keputusan saya. Apa yang saya buat ini bukanlah tindakan terburu-buru. Sudah saya fikir masak-masak dan disulami dengan solat istikharah dan restu suami serta ibu bapa.

Dalam tempoh 6 bulan ini, banyak perubahan yang saya dapat lihat dalam diri anak-anak. Umar sudah boleh berbasikal, juga bermain badminton. Alah, apa sangatlah yang pelik. Anak orang lain yang bekerja pun lebih hebat dari itu. Mungkin itu yang terdetik dihati sesetengah pembaca. Tapi pada saya, itu pencapaian besar. Umar bukan anak orang lain, dia anak saya jadi saya tahu benar apa yang dia boleh buat dan tidak boleh buat.

Hamzah sangat kreatif orangnya, pandai melukis dan juga suka mencipta pelbagai alat mainan. Jika saya tidak berada dirumah, saya tidak dapat lihat semua ciptaannya.🙂

askar melayu wanita

Sawda pula petah berkata-kata. Sangat petah sehingga kadangkala lemas jadinya. Ahaha. Walaupun dengan kehadiran saya disamping mereka, Sawda masih juga boleh berdikari. Ambil makanan sendiri apabila lapar contohnya.

Yang paling saya terasa, kenikmatan berada dirumah adalah dalam tempoh 4 hari ini. Suami saya perlu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perbicaraan kesnya. Tidak ekonomi untuk balik setiap hari. Namun, dek kerana komitmen saya hanyalah dirumah bersama anak-anak, saya kira beliau lega. Saya pun lega. Tidak perlu fikir bagaimana anak hendak kesekolah. Siapa pula hendak ambil? Tidak juga perlu atur penjagaan anak saya. Tidur malam dimana. Makan pakai terjaga (sekurang-kurangnya walaupun tidak masak, masih boleh beli makanan diluar eheh).

mari mengaji

Saat-saat yang tidak mahu saya lepaskan

Ketenangan fikiran begini yang saya cari. Saya tidak mahu sandarkan kejayaan saya dan kemajuan diri saya dengan material semata-mata. Ada banyak lagi cara kita boleh berbakti dan berkhidmat untuk negara. Alhamdulillah saya diberi sedikit ilmu untuk dikongsi dan idea untuk menjana pendapatan dirumah melalui Brainy Young Caliph, e-store dan juga pusat sehenti untuk sumber asuhan dan didikan Islami.

Sekurang-kurangnya buat masa ini, disini tempat saya.

Bagi sahabat yang lain, yang ada memikirkan tentang mahu bekerja dari rumah, berbaloi atau tidak, sukar atau suka, sertailah forum tea talk Ummikusayang ini. Saya tidak dibayar untuk membuat iklan, tapi saya rasa ia bagus untuk dengar perkongsian pengalaman dari mereka yang memang sudah berada dalam ‘industri’ ini.

Panelis adalah seperti berikut:

Forum “REAL LIVES of WORK AT HOME MOMS”
anjuran UmmikuSayang.com

Bersama Penceramah:
1) Puan Roziana Dato’ Haji Rashid
Trainer Consultant & Writer/Translator, N@ziq Skills Training.
Bekerja dari rumah sejak 2003

2) Puan Mazneera Zainal
Founder & Executive Director of MotivasiHaji.com Author of Detik Kelahiran Si Permata Hati & Rumahku Ofisku
Bekerja dari rumah sejak 2002

3) Puan Salmi bt Shaari
Managing Director of Sumayya Marketing Sdn Bhd Pemilik jenama Tshirt Muslimah ‘Sumayya” Sumayyadesign.com.
Mula berniaga dari rumah pada 2006

4) Puan Dayang Lily Abang Muas
Founder of UmmikuSayang.com and ALIMKids.com
Mula berniaga dari rumah pada 2001

Untuk maklumat lanjut, silalah ke link ini.

6 thoughts on “Bekerja dari rumah: Suka atau sukar?

    • betul. itulah antara perkara yang difikirkan semasa membuat keputusan bekerja dari rumah. Yang penting tengok kesediaan dan sokongan orang sekeliling kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s