Wanita Ini Mati Meninggalkan Nama

Petang-petang begini, saya cuba mencuri-curi masa membaca status rakan-rakan. Mata terpandang satu link dari ibunda Azlin Hezri, isteri kepada Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Al Fatiihah..perginya seorang pejuang..sahabat Ku..Ku doakan kesejahteraan ruh mu di samping DIA.

Ustazah Yusro Yusrah meninggal dunia kerana kemalangan? Siapakah dia?

Bila saya lawati blog tersebut, saya sangat terkesan dengan kehebatan beliau dalam mendidik anak 13 orang ramainya. Sedangkan saya, 3 orang pun asyik mengadu letih dan tidak tahan. Hendak mengandung lagi pun takut-takut kerana banyak alahan, kononnya.

Setiap anaknya ditarbiah begitu hebat,bacalah lagi siapa anaknya.

Anak-anaknya adalah aset yang sangat bernilai. Putera sulungnya lahir pada 20 Disember 1985. Diberi nama Ahmad Umar Al Faruq. Anaknya yang paling bongsu berumur 8 tahun. Anak kedua A Izza Jundana, belajar di International University, Sarajevo, Bosnia. Puteri ketiga, Asmah Karimah, kuliah di Fakultas Pertanian UGM. Ustazah meninggal dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya ini.

Putera keempat, Huda Robbani lahir Oktober 1990, merupakan jaguh renang. Putera kelima, Shalahuddin Al Ayubi, lahir 13 April 1992. Putera keenam sampai ke lapan menimba ilmu di pesantren. Mereka ialah Jakfar Athoyar (lahir Mac 1993) di Gontor. Salma Salimah lahir April 1994, belajar di Ponpes Assyifa, Subang Jawa Barat. Muhammad Ayyasy lahir 13 April 1996 di Ponpes Al Hikmah. Ayyasy ini sudah menghafal Quran 30 juz. Putera kesebelas Abdulah Aminuddin, lahir 16 Januari 2000. Puteri kedua belas Helma Hamimah lahir Julai 2001. Puteri bongsunya Rahma Rahimah lahir Januari 2003.

Seorang ukhti menceritakan kisah ini semalam pada kami. Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestin dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus’ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu.

keluarga yoyoh yusrah“Berapa orang anak kamu?”

“Anak saya 13 orang”, jawab Ustazah.

“Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14.”

Pertanyaan kedua muncul. “Kamu hafal al-Qur’an?”, tanya Ummu Mus’ab.

“Belum sampai 20 juz,” jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun.

Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, “Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?” tanya Ummu Mus’ab.

Saat ukhti tersebut mengkhabarkan kisah ini, saya juga terdiam. Seakan-akan tiada alasan mengapa masih tidak menghafal AlQuran.

Aduh.

Umur saya menginjak 31 tahun, masih leka, jangankan juzuk Quran, surah yang dibaca dalam Solat pun masih terhad pilihannya.

Bacalah lagi di link yang asal, ada juga link-link lain mengenainya.

Malang sekali saya hanya sempat mengenali nama beliau setelah beliau kembali kepangkuan Illahi. Namun satu perkara yang saya ambil iktibar, sekurang-kurangnya, setelah mati beliau masih lagi disebut-sebut dan ingin dikenali.

Saya nanti bagaimana?

*Muhasabah diri*

2 thoughts on “Wanita Ini Mati Meninggalkan Nama

  1. Syukran berkongsi sedikit cerita ttg wanita hebat itu, sy juga terkesan, terkesima dan malu ..mudah2an kita jadikan kisah ini contoh dan ikhtibar untuk memperbaiki diri.

    • Puan Faridah, sama-sama kita mempertigkatkan diri sebelum dipanggil pulang. Saya mahu kembali ke rumah asal saya iaitu syurga. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s