Pentingnya Memilih Perniagaan Anda

Memulakan perniagaan biasanya dimulai dengan memilih barang yang hendak diniagakan serta memilih pembekal barangan. 2 perkara yang tidak boleh dipandang enteng.

Beberapa hari lepas, saya berurusan dengan supplier buku yang baru. Sudah lama berhubungan tetapi barulah kini ada budget untuk menambah produk di eStore BYC.

Berniaga pun sama sahaja seperti kehidupan seharian. Kena ada budget. Tidak boleh sewenangnya membeli-beli walaupun untuk menambah stok. Kalau stok tak jalan, hmm, sendirilah tanggung nanti.

Kembali kepada cerita asal, saya membuat order dan suami saya mengambil barangan kerana kebetulan beliau outstation. Apabila dia pulang, saya seronok sakanlah menyemak buku yang baru dibeli. :))

quran tajwid

Eh, tiba-tiba ada 2 buku yang tidak saya pesan. Satu Quran Tajwid dan satu lagi buku Nama-nama Indah untuk Anak Anda. Adakah saya terkurang bayar? Atau pembekal tersalah dengar?

Rupanya pembekal saya itu memberikan buku percuma, bukan satu malahan 2. Bukan calang-calang juga bukunya, elok-elok bukan terpakai. Bukan juga yang tidak terjual. Isinya Al-Quran jika dibaca, dapatlah beliau pahala berpanjangan.

Masya Allah.

Saya dengan senang hati menerima pemberiannya. Saya tahu yang saya tidak tersalah pilih bidang jualan. Buku memang kegemaran saya (begitu juga produk lain yang ada di BYC). Pendek kata, makan buku, tidur buku.

Alhamdulillah juga bertemu dengan supllier yang baik-baik belaka. Baik Melayu. India mahupun Cina. Islam atau pun yang bukan Islam. Ini pun rezeki juga. Kalau tidak pening kepala. Pelanggan lain isunya, supllier pun nak kena jaga.

Seain itu, dengan menjual buku-buku (khususnya), saya dapat membeli-belah buku dengan gembira. Justifikasikan untuk berniaga, padahal lebih untuk diri juga.Jika tidak jenuh juga, mana hendak dicekau duit berbelanja sedangkan saya sudah tidak bekerja (makan gaji sepenuh masa).

Jadi sahabat sekalian, jika hendak berniaga, fikirkan produknya. Biar kena dengan kita, biar masuk dengan jiwa. Barulah letih tidak terasa, untung sedikit pun tidak berkira.

Terima kasih Allah kerana memberi ilham dan mempermudah cara,

terima kasih pembekal dan pelanggan kerana menyokong saya,dan

dirham imn

terima kasih suami kerana meminjamkan dirham untuk dibelanja.

🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s