Bukan Sekadar Mengaji Al-Quran

Hari ini Umar akan mula mengaji Al-Quran.

Semalam guru Al-Qurannya memberitahu saya yang Umar sudah boleh beralih kepada Al-Quran.

Alhamdulillah.

Kami tersilap langkah sedikit dengan Umar kerana terlewat mengajar dia mengaji. Ada rakan-rakannya yang sudah pun khatam Al-Quran, ada tidak sedikit yang sudah berjuzuk-juzuk bacaannya. Tapi Umar baru sahaja saya mula mengajar pertengahan tahun lepas. Itu pun ajar sendiri di waktu Maghrib. Bila lewat sampai rumah atau letih, terpaksa bercuti. Jika ibu uzur syar’ie pun, terpaksa cuti juga.

umar read learning roots

Alhamdulillah, tahun ini kami lebih istiqamah. Setiap hari selepas Asar waktu mengaji. Adik-adik pun ikut sama. Cuma Hamzah ada sedikit liat. Kemudian pada awal Mac, kami bertukar buku, dari Iqra’ ke Read (maknanya sama sahaja kan?).

Dengan menggunakan Read, Umar lebih motivasi. Saya pun tidak pasti kenapa. Bacaannya pun lebih lancar. Tajwid pun boleh tahan juga.

Baru-baru ini, saya meminta seorang jiran untuk mengajarkan Umar dan adik-adik. Kebetulan adik itu sedang bercuti lama dari Universiti. Pada hemat saya, mungkin anak-anak akan lebih teruja mengaji dengan ‘Kakak Miza’. Selain itu, dapat juga pengalamanan pergi mengaji di rumah orang seperti saya sewaktu kecil dahulu.

sawda pergi mengaji

Jadi, mereka pun pergi mengaji selepas balik sekolah. Comel sangat saya lihat mereka beriringan ke rumah Kakak Miza. Hamzah pun ceria juga. Bersemangat sedikit berbanding mengaji dengan saya. Bila balik macam-macam cerita saya dapat.

learning root teach sticker

Umar pula menghitung hari hendak menghabiskan muka surat Read. Jika tamat Read, boleh sticker dan boleh juga naik Quran. Dirumah mak saya, Al-Quran beliau diletak di ruang tamu rumah. Saya pernah ternampak Umar mengambil Quran dan mula membaca perlahan-lahan. Alangkah indahnya pemandangan tersebut. (Harapnya kekal lama).

Selain mengaji, kami juga mula berlatih menghafaz surah-surah lazim. Sekarang Umar di surah Al-Masad. Sawda dan Hamzah pun kadang-kadang bila bermain saya dengar mereka membaca surah tersebut. Mungkin juga di sekolah PASTI, cikgu sedang mengajar surah yang sama.

Saya mahu mereka bukan sahaja membaca Al-Quran, malah menghafaz ayatnya. Faham isinya. Tahu peristiwa disebalik turunnya ayat tersebut. Sungguh saya katakan, saya pun dahulu sekadar membaca. Celup sini celup sana. Baca ikut dan, dan ikut sempat sahaja. Tapi tahun ini saya gigihkan diri untuk baca tafsiran maknanya dan fahamkan cerita. Pabila sudah biasa, kadang-kadang Allah beri saya rasa kemanisannya dengan merindui kandungan Al-Quran apabila terlupa baca. Saya kira itu datangnya dari Allah swt.

Petikan dari buku Easy! Metode Mudah menghafaz Al-Quran saya terjumpa sesuatu yang sebenarnya sudah ada dalam Al-Quran.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍۢ”

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Al-Qamar [54]:17)

Ayat tersebut menegaskan bahawa Al-Quran itu mudah diingat bagi setiap orang yang menginginkannya, dan kemudahan Al-Quran itu juga mencakup dalam hal membaca, meghafal, memahami, mentadaburi serta menguak keajaiban.

Al-Quran untuk semua, untuk anda dan untuk saya. Mohonlah pada Allah semoga kita diberi kemudahan untuk memahami isi Al-Quran dan doalah juga supaya Quran ada didada kita.

Hari ini Umar akan mula membaca Al-Quran, kami akan belikan Quran khusus untuknya. Semoga menjadi pembakar semangat dan pendorong bagi menjadi hafiz Al-Quran.

Bukan untuk membanggakan kami.

Tetapi untuk dirinya sendiri.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s