Sukan Tahunan Sekolah

Sukan sekolah tiba lagi. Buat Umar, ini sukan sekolahnya yang pertama. Beria benar dia hendak ke sekolah. Balik jam 11.30 tadi, kena pergi pukul 1.15 petang. Selepas solat terus sahaja abahnya hantar ke sekolah.

Tadi sempat berbual dengan staff suami saya. Anaknya pun sekolah sama dengan Umar. Anaknya bertanya samada dia akan pergi ke sekolah atau tidak. jawab rakan saya itu, “tak bolehlah. Mak kerja”.

Kalau saya bekerja, pasti saya pun tak dapat pergi memeriahkan sukan sekolah mereka. Kasihan anak saya.

Tapi masalahnya tak bekerja pun sekarang tak tentu dapat pergi kerana Sawda sedang tidur dan Hamzah hidung berdarah pagi tadi. Mungkin kerana panas badan agaknya.

๐Ÿ˜‰

srk sacred heart sports day 1987

Teringat pula zaman saya sekolah dahulu. Saya ini muka rumah kuning, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Sekolah rendah saya panggil rumah kuning House of Maria Casaroti (entah siapa pun saya tak tahu, sekolah mubaligh jadi mesti salah seorang Sister agaknya). Di sekolah menengah namanya Suria. :))

Saya late bloomer, dalam pelajaran mahupun sukan. Sewaktu tingkatan 2/3 baru lah nak menyerlah. Itupun tak lah hebat mana. Tapi saya suka hari sukan. Dapat masuk perbarisan, dapat bergembira sakan.

Apapun sukan sekolah hingga jam 5.00. Banyak masa lagi, harapannya dapatlah lihat Umar beraksi. Entah acara apa yang dia masuk nanti. Raptai sukan pun dia tak pergi tempoh hari. Harap-harap tak panas sangat. Amin Ya Allah.

๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s