Tentang semua

Esok pagi hari terbuka sekolah Umar. Saya sudah lama menantikan hari terbuka ini. Pada awal persekolahan, saya terlepas peluang bertemu guru kelas Umar. Kinilah masanya untuk membina hubungan yang baik. Ada lebih kurang 6 bulan lagi Umar diibawah jagaan dan pengawasan gurunya itu. Sekurang-kurangnya dengan mengenali guru kelasnya, lebih mudah saya membantu Umar dalam pelajarannya.

Banyak yang hendak saya bincangkan dengan gurunya. Saya tahu benar prestasi Umar dalam peperiksaan, dimana kelemahan, dimana kekuatan, dimana kecuaian. Apa yang saya tidak tahu dan mahu tahu adalah tentang personaliti dan karektor Umar yang saya tidak nampak sepanjang disekolah, tentang perhubungan sesama rakan sekelas, tentang attitude Umar kepada guru-guru, tentang buku teks (yang masih tidak dapat lagi sehingga kini), tentang perkara-perkara yang boleh saya bantu guru-guru dan sekolah, tentang macam-macam lagi.

Saya komited menjayakan pendidikan anak-anak saya. Saya harapkan guru-guru pun sama juga. Ini bukan tentang anak saya sahaja. Bukan tentang kepandaiannya. bukan tentang kerja, bukan tentang gaji besar dikemudian hari, bukan tentang itu semua.

Pendidikan adalah untuk keabdian diri kepada Tuhan Maha Pencipta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s