Persiapan ramadan anak-anak kita

Ramadan akan menjelma tidak lama lagi. Saya belum lagi berkesempatan untuk berpuasa sunat di bulan Syaaban. Orang kata, berpuasa sunat dalam 3 bulan sebelum Ramadan bagus. Saya kata, ia memang bagus untuk mempersiapkan diri sebelum Ramadan tiba. Tidaklah perut tiba-tiba terkejut pada 1 Ramadan nanti. :))

Tahun ini adalah tahun ke 3 Umar akan berpuasa. Ya, kami sudahpun memulakan latihan berpuasa untuk Umar sejak beliau berusia 5 tahun lagi. Yang banyak membantu adalah suami saya, seperti biasa. Al-maklum emaknya berhati lembut sedikit. Tengok anak lembik, terus disuruh anaknya berbuka.

Pada 2 tahun lepas, Umar mula berpuasa semasa saya outstation untuk menghadiri mesyuarat. Balik ke rumah 3 hari kemudian. saya lihat Umar sangat bersemangat untuk meneruskan puasanya. Yang lebih hebat, dia sedikitpun tidak bernafsu besar sewaktu berbuka. Cukup sekadar dapat hilangkan lapar dan dahaga. Suatu perkara yang kita sendiri pun kadangkala tewas. Rambang mata dan berajakan nafsu makan sewaktu di pasar Ramadan.😦

Tahun lepas pula, kami memang sudah maklumkan kepadanya awal-awal. Untuk membantu meningkatkan motivasi Umar, kami gunakan carta berpuasa yang didapati daripada ALIMKids. Umar hanya perlu puasa, dan jika tidak tahan untuk meneruskan puasanya hingga ke waktu berbuka, dia boleh buka puasa dan tuliskan waktu dia berbuka di jadual tersebut.

carta ramadan umarNampak mudah, tapi impaknya besar. Saya kira antara sebab dia gigih berpuasa adalah kerana tidak mahu rekodnya buruk di jadual tersebut. Keluarga dan sahabat handai juga memainkan peranan penting dalam melatih anak kita berpuasa. Dorongan dan pujian daripada pakcik-makcik serta sepupu Umar berjaya menaikkan semangatnya sehinggakan dia berjaya berpuasa 27/28 hari pada tahun lepas.

Masya Allah. Malu sendiri saya kepada Umar. Dugaan adik tidak berpuasa, diberikan nugget untuk sarapan oleh Hamzah dan juga cuaca panas tidak langsung mematikan semangatnya. Lebih-lebih hebat lagi, saya tidak perlu langsung menjanjikan dia apa-apa hadiah atau ganjaran untuk dia terus berpuasa.

Itulah kuasa kemahuan diri dan kekuatan minda. Mind over matters kata orang kampung saya.

Subhanallah.

Ramadan bukan sahaja medan latihan untuk menahan lapar dan dahaga. Sebagai ibubapa, Ramadan boleh dijadikan madrasah untuk mengajar pelbagai aspek ibadah seperti solat dan membaca Al-Quran.

sehari dalam hidup umar

Bukankah pada waktu bulan Ramadan semua orang Islam amat peka kepada waktu? :)) Waktu syuruk, waktu berbuka, waktu bertarawikh, dan Hari Raya. Bercakap tentang waktu, usai sebulan berpuasa pada tahun 1430H, Umar sudahpun boleh sembahyang dengan kerelaan hatinya. Walaupun kadang-kadang perlu diperingatkan dan disuruh-suruh, namun sekurangnya Umar sedar akan perubahan tempoh masa dari satu waktu solat ke waktu solat yang lain.

Alhamdulillah.

Hamzah pula sudah tidak minum susu dari botol lagi. jadi saya kira sudah boleh melatih dia sedikit-sedikit untuk sama-sama berpuasa. Biarlah puasa yang yok bangun pagi buka periuk pun untuk Hamzah, asalkan anak saya itu ada semangat yang sama dan juga prihatin tentang bulan Ramadan dan kewajipan berpuasa.

Insya Allah.

Ada sesiapa yang hendak berkongsi cerita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s