Hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku

baju bersih 2.0

Terlalu banyak perkara dan peristiwa berlaku dalam hujung minggu ini. Sudah tentu yang paling signifikan sekali adalah perhimpunan aman Bersih. Sayang sekali tidak dapat berada disana. Sekurang-kurangnya pada perhimpunan 2007, suami ada bersama untuk menceritakan pengalaman “first hand” kepada saya.

Apapun, saya belajar beberapa perkara daripada perhimpunan Bersih ini. Antaranya adalah

1. bersabar (apabila ada sahabat handai yang tidak bersependapat dengan saya),

2. dapatkan sumber berita sahih dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai setiap perkara yang disampaikan

3. perpaduan (berjemaah) adalah sesuatu yang indah

4. perbezaan perlu diraikan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah Baharuddin yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih. Walau apa pun kata-kata orang, bersabarlah. Allah yang lebih mengetahui akan segalanya.

Hari ini saya diberi ujian kesihatan. Demam selsema yang agak teruk sehingga kepala jadi bengang dan tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Maka, berbiji-biji ubat ditelan bagi mengurangkan ketidakselesaan diri.

Dalam keadaan tidak sihat ini, perkara terakhir yang saya ingin terima adalah SMS dari seorang sahabat tentang Ambiga. Bukan saya tidak peduli dengan siapa Ambiga dalam kes Lina Joy, cumanya dalam situasi ini saya kira situasinya berlainan. Tidak perlu saya perjelaskan lebih lanjut. Kita semua sudah dewasa untuk mencari dan mencerna maklumat yang kini mudah diperolehi.

Nasib baik Allah memberikan saya syurga didunia berupa keluarga yang bahagia. Dek kerana tidak larat hatta untuk menyuapkan Sawda makan nasi petang tadi, Sawda menunjukkan simpati dengan meminjamkan hidungnya kepada saya.

hidung sawda

Ya, kelakar kan? Pinjamkan hidung?

Usai solat Asar, Sawda datang kepada saya lantas memegang hidung saya dan memberitahu saya yang dia hendak pinjam hidung itu. Kemudian dilekatkan ke hidungnya dan memegang hidung saya sekali lagi, seolah menampal hidungnya pula.

Kemudian dia berkata,

“Hidung Baby (ya, dia panggil dirinya baby. Jika ada adik selepas ini, dipanggil baby adik) tak sakit. Mama (dan ya, dia seorang sahaja memanggil saya mama, walhal abang-abang memanggil saya Mak) pun tak sakit lagi.”

Comel kan?

Harapan saya semoga kehidupan insan comel ini akan lebih baik di masa hadapan dan tidak dirosakkan oleh tangan-tangan pemimpin yang bodoh, zalim lagi bacul.

Amin.

4 thoughts on “Hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku

  1. anak anak…….tetap comel dgn perlakuan spontan yang tulus ikhlas. Boleh mengalir air mata walau sekadar menyebut anak-anak…mak yg gembeng..entah mcm mana boleh kuat nk besarkan anak-anak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s