Satu lagi projek dari BYC

Sekian lama saya berdiam diri, bukan mendiamkan diri tapi sesungguhnya memang tidak sempat sama sekali hendak duduk dan menaip, berkongsi cerita, berkongsi rasa.

kedai kita byc dan dagangan dua logam

Dua tiga minggu ini agak sibuk menguruskan urusan centre untuk Brainy Young Caliph. Ya, insya Allah dalam seminggu dua ini kami akan buka sepenuhnya pusat sehenti BYC (sebenarnya nama pun tidak fikir lagi). Akan juga berkongsi pejabat dengan pejabat operasi Dagangan DuaLogam Merlimau (jika hendak konsultasi mengenai penyimpanan kekayaan dalam bentuk emas boleh la datang).

Alhamdulillah, it took me 9 months to get this far. But to tell you the truth, this is just the beginning.

this is how i started BYC

Asalnya saya hendak pergi gunting rambut disebuah kedai rambut Muslimah di Kompleks Niaga Melaka Perdana, tetapi kedainya tutup. Jadi saya ambil masa untuk cari tempat menempah beg dan tshirt bagi program kelas robotik BYC. Berborak-borak pula tentang kedai yang hendak disewakan ditempat tersebut dan akhirnya panjang langkah pula ke office pemaju.

Kami dapat sebuat lot kedai dibahagian bawah. Kedainya luas, tapi sewanya agak mahal bagi kami. Suami kata boleh, jangan takut-takut tapi saya ada sedikit kerisauan maka kepada Allah saya panjatkan doa mohon ditunjukkan jalan.

Alhamdulillah, kami diberikan kemudahan dan dapat pula sebuah kedai yang lebih kami suka, ditingkat atas, sesuai untuk keselamatan kanak-kanak dan berhadapan dengan jalanraya untuk memudahkan pelanggan berpotensi untuk melihat centre kami.

kids helping at byc centre

Child labours

Minggu lepas dihabiskan mengemaskan kedai ini, habis anak-anak pun diangkut sekali. Malamnya semua pengsan tapi saya kira ia pengalaman yang sangat istimewa kepada semua. Kami membina keluarga bersama-sama. Saya beritahu Umar, jika perniagaan ini berjaya, ingatlah bahawa kita yang mengeluarkan titik peluh kita. Umar boleh cerita kepada anak cucu Umar nanti Umar jadi saksi kepada permulaan usaha ini.

Jika ditakdirkan tidak kekal lama, Umar akan jadi saksi bahawa kita akan bangkit semula. Tiada istilah mengalah atau putus asa. Itu pelajaran untuk kita semua.

Masih lagi dalam proses pasang aircond dan menambah itu ini mengikut budget. Seboleh-boleh kami tidak mahu membuat pinjaman bank. Takut nanti terlalu banyak komitmen pula. Buka kedai dulu, tambah isi kedai ikut budget. Saya pelajari perkara ini dari Puan Ainon dan juga banyak pekedai cina.

Apapun, insya Allah ALIMKids Playgroup Melaka akan mula dijalankan di pusat BYC yang baru ini. Bagi pelanggan yang hendak membelek buku-buku dan permainan sebelum membeli atau mendapatkan kaunseling penyusuan susu ibu juga bolehlah berkunjung ke sini.

byc alimkids centre at melaka perdana

Insya Allah akan ganti Cha En Pizza kepada BYC

Lokasinya adalah di sini:

9-1 Kompleks Niaga Melaka Perdana,

Jalan Tun Hamzah, Bukit Katil,
75450 Melaka.

Masa operasi buat masa sekarang adalah dari jam 3 petang hingga 8.30 malam.

Jika di hari biasa, kompleks ini meriah dengan kedai alat tulis, kedai gunting rambut dan spa Muslimah, kedai kek, wellness centre, restoren korea, tomyam wan husna, kedai tempah baju dan aksesori, dobi, kedai menjahit baju, kedai komputer, score A, kedai baiki kereta dan tayar, kedai cermin mata dan bermacam-macam lagi. Bilangan kedai tidak banyak tetapi cukup-cukup sahaja untuk segala keperluan yang dicari.

Silalah berkunjung ya. Call dulu sebelum datang. :))

Terima kasih atas berkat doa sahabat semua. Satu tips yang saya ingin kongsi adalah, tuliskan semua impian kita, insya Allah lambat laun tercapai juga kerana kita sudah pun menetapkan matlamatnya.

4 thoughts on “Satu lagi projek dari BYC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s