Orang Melayu Mengikut Rahsia Bisnes Orang Cina

Bulan ini cepat betul masa berlalu. Sekejap sahaja sudah 21hb. Tinggal seminggu lagi sebelum tibanya Ramadan.

Alhamdulillah, baru dapat duduk di kerusi di rumah ini. Maknanya juga, saya baru sahaja sampai dari kedai. Tadi selepas Asar pergi mencari-cari display shelf dan beberapa perkakasan untuk kedai saya itu.

Masa yang berlalu bermakna tidak lama lagi saya perlu membayar sewa bulanan kedai. Rasanya seperti baru sahaja dapat kunci. Belum apa-apa sudah hendak bayar sewa lagi.

Aduh.

Semasa pulang tadi, kami perlu pulang dengan 2 kereta. Sebelum itu anak-anak bising seperti anak burung mencicip kelaparan. Maka saya pun pesankan makanan, kononnya hendak akan dirumah. Sekali, dalam perjalanan masing-masing sudah tidur. Penat sungguh rasanya sehinggakan Sawda terjatuh dari kerusi semasa saya brek pun dia tidak menangis bahkan naik semula dan sambung tidur.

tidur di kedai

Ini bukan tidur, tapi mungkin sudah penat sangat

Kala itu saya terfikir, aduh, apa yang aku sudah buat ini?

Kenapa saya berhenti kerja kerajaan dulu?(ya, soalan ini masih lagi berlegar-legar difikiran walaupun setelah 9 bulan berhenti)

Sudahlah berhenti kerja, elok-elok duduk dirumah tiba-tiba hendak buka kedai pula.

Kedainya sudahlah jauh lebih kurang 30 minit perjalanan, dek kerana buka lambat terpaksa pula tutup pun lambat.

Beginikah kehidupan anak-anak seterusnya? Menghabiskan masa dikedai, mandi, makan, tidur pun disana?

Ya Allah, betulkah jalan yang saya pilih?

Tapi difikirkan lagi, banyak juga baiknya kami buka kedai. Memanglah kasihan anak-anak terpaksa dibawa kesana selepas balik sekolah, tapi kedai kami bukanlah seperti gerai dikaki lima. Bahkan kedai itu ada ruang yang sangat lapang pula. Mungkin awal-awal ini kurang selesa, almaklum tempat baru. Kosong pula tu, tapi esok-esok apabila sudah dilengkapi perabot insya Allah keadaan bertambah elok untuk semua.

Yang paling saya suka, dikedai tiada TV, tiada Astro dan belum ada Internet (yang ini perlu ada), jadi kami perlu kreatif menghabiskan masa. Sawda sibuk bermain dalam khemahnya, Hamzah entah apa main pukul-pukul angin manakala Umar, jika ada homework disiapkan homeworknya dahulu. Habis homework, dia akan ambil buku dan baca atau bergabung tenaga dengan Hamzah memukul angin. :))

main dalam kemah

Main masak-masak

Saya cuba memujuk hati, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan hendak dapat isinya. Bila membaca buku Rahsia Bisnes Orang Cina karya Ann Wan Seng, memang banyak yang perlu diikuti dan dipelajari.

Antara yang saya paling suka adalah, “Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, makan anaknya akan membuka restoren dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin”.

Maknanya saya tidak boleh membiarkan keadaan kekal statik. Saya perlu berfikiran jauh dan semasa dalam proses berfikiran jauh inilah saya akan menjadi contoh kepada anak-anak saya nanti untuk terus berkembang. Banyak benda yang kami harap dapat ajar kepada anak kami dalam hidup ini, bukan sahaja setakat hantar ke sekolah dan belajar ikut kurikulum. Survival kehidupan, ketabahan, kekuatan dan kesabaran adalah antaranya yang harap dapat dipelajari bersama-sama.

kemahiran hidup

Salah satu subjek kemahiran hidup: pertukangan

Sahabat saya dan suaminya, pasangan usahawan Nasi Beriani Tamby di Melaka ada berkongsi dengan saya satu tips untuk menjadi peniaga dan usahawan berjaya, perlu cepat bertindak.

Itu pun satu nasihat yang baik. Jika terhegeh-hegeh memang sampai bila-bila pun saya akan terlepas peluang dan kekal statik. Sejajar juga dengan rahsia bisnes orang cina itu ya.🙂

Rahsia yang ke 29, “kesusahan, keperitan dan keletihan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan”. Insya Allah, saya mendapat sokongan  suami tercinta, restu ayah dan bonda sebelum berhenti kerja dan petunjuk Allah dari beristikharah, semoga segala yang saya (dan keluarga) kerjakan memanfaatkn kami sekeluarga serta Ummah.

6 thoughts on “Orang Melayu Mengikut Rahsia Bisnes Orang Cina

    • darah berderau tu perkara biasa Neeza, jangan risau. Perasaan tu akan datang dan pergi. Yang penting kita tetapkan niat kerana Allah swt, insya Allah “isu darah berderau’ tu tidak akan membuat kita gundah.

      nanti sama2 kongsi pengalaman awak ya.

  1. Syabas kerana berani mengambil risiko..mmg susah nak keluar dari comfort zone…apa pon yg diusahakan kalau di redhai suami insyaallah akan berhasil :))

  2. salam.saje search blog yg berkaitam dengan kerja kerajaan.nak tanya bro lah..apa perasaan bro lepas resign gomen?saya baru kerja ngan gomen dalam 2 thn..tapi perasaan tak best tu sentiasa ada.bukan apa saya ni tak brape sesuai keje ngan gomen kot.enviroment die buat saya sesak napas.banyak keje salah tak banyak keje pon salah.bos2 ada yg ok ade yg tak ok.tapi ye lah..bila satu komuniti melayu yg besar bekerja di stu bumbung situasi dia jadi sangat ntah apa2….dulu masa dapat gomen saya tak rase hepi pon.biasalah org tua seronok lah…alasan paling kuat PENCEN….hmm sedangkan kawan2 yg g kerja overseas sume bg nasihat jgn masuk gomen.sebab tak develop karier.skang ni umo saya baru 26thn..rasenye tak terlambat lagi saya nk kuar gomen dan pergi cari kerja kat luar negara.dua tahun kerja bawak duit…tapi saya rase takut plak menyesal.ntah la.tapi niat hati tu dah makin kuat nak kuar gomen.

    • Maaf tuan Aduka, saya perasan komen ini tapi sewaktu itu baca di blackberry ketika terpisat-pisat bangun tidur diwaktu pagi. Dek sibuk, terus terlupa hendak approve dan yang penting sekali membalas pertanyaan tuan ini.

      Kerja kerajaan ini sama sahaja dengan kerja ditempat lain. kalau kita kerja swasta dan kita rasa hendak berhenti, pastinya kita akan cari kerja lain sebagai gantikan? maka, applylah tindakan yang sama kalau tuan bercadang untuk berhenti.

      Pencen memang jadi modal yang utama untuk stay dengan kerajaan, tapi jika difikirkan, cukupkah sekadar pencen jadi motivasi kita hendak bangun pergi bekerja 35 tahun lagi?

      Pendek kata, tuan Aduka, tepuk dada tanyalah diri. Apakah yang dicari dalam hidup sesingkat ini. Istikharah juga penting, supaya tindakan kita tidak disesali dikemudian hari.

      Semoga berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s