Otak meniaga

Tadi dalam perjalanan balik dari rumah mak, saya berbual-bual dengan Umar, tentang apa yang hendak dibuat malam nanti. Sudah lama rasanya tiada waktu malam dirumah. Something i really missed, le sigh.

Apapun, kata Umar dia hendak baca komik Shootz. Saya pun beritahu Umar saya hendak habiskan buku saya. Umar bertanya lagi buu yang mana. Saya maklumkanlah buku Rahsia Bisnes Orang Cina.

Rupanya dia tidak tahu apa itu bisnes. Jadi, perbualan kami berlanjutan lagi berkisarkan berniaga. Sempat juga bercerita tentang hebatnya Rasulullah saw sebagai seorang pedagang yang hebat, mendagangkan barangan Khadijah r.a dahulu.

Yang menariknya, Umar beritahu saya kawannya hendak satu komik yang pernah dibawa kesekolah. Saya tidak pasti samada Umar mahu simpan komik itu atau tidak, jadi saya cadangkan Umar pinjamkan sahaja buku itu kepada kawannya. Saya beri juga satu lagi cadangan iaitu sewakan sahaja. Semasa pinjam, Toriq bayar 20 sen, selepas dipulangkan Umar pulangkan kembali duitnya itu.

Umar maklumkan yang dia sudahpun beritahu Toriq yang dia boleh dapatkan buku tu dengan harga RM1.00. Kata Umar lagi, jika dipinjamkan nanti tidak dapat semula. Jadi dia hendak kurangkan risiko dengan jual sahaja komik itu.

Masya Allah, hebatnya anak saya. Cuma Toriq bawa RM1.00 sehari, kalau diberi kepada Umar, nanti bagaimana hendak makan pada waktu rehat. Jadinya, saya pun cadangkan lagi, jika betul-betul Toriq mahu dan Umar mahu jual, maka beri Toriq kemudahan untuk bayar 20 sen sehari sehingga cukup jumlahnya.

Umar nampaknya bersetuju dengan cadangan itu, agaknyaitulah yang akan diberitahu kepada Toriq Isnin nanti.

Kalau suami saya baca cerita ini, mesti dia suka mendapat tahu cara anaknya berfikir. Alhamdulillah, semoga Umar akan terus berfikir bukan sahaja sebagai peniaga, malahan sebagai pedagang dan usahawan.

Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s