Berat

Ya Allah, kenapa berat benar hendak menaip sesuatu dalam blog ini? Banyak benar perkara yang ingin dikongsi, tetapi hambatan tugas dan kesibukan menguruskan rumahtangga (serta terpaksa berebut MacBook dengan anak-anak) menjadi penghalangnya.

Ya Allah, kenapa berat benar mata ini? Mengantuk sedari Subuh tadi hingga terbantut banyak perkerjaan yang hendak dilakukan. Sebentar lagi anak-anak akan kembali dari sekolah, tapi maknya masih leka melayan mata.

Ya Allah, alhamdulillah suami sahabat saya, Siti Al Izzah sudah pun ditemui. 2 Ogos lepas suaminya hilang ketika keluar jam 3 pagi hendak mengambil tafsir Al-Quran dari dalam kereta. Beratnya dugaan pada bulan Ramadan bagi keluarga Salwa (Siti Al Izzah) tetapi Allah tidak menguji mereka yang tidak mampu menanggung ujianNya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, pagi tadi sewaktu sahur mendapat berita suaminya dijumpai di Masjid yang sudah pun dicari sebelum ini.Akan tetapi, besar sungguh kekuasaan Allah swt, mengingatkan kita semua bahawa Allahlah yang maha Mengetahui akan sesuatu. Alhamdulillah.

Sampai disini sahaja, nanti kita ketemu lagi, Insya Allah.

Salam Ramadan 1432H.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s