Serahkan semua pada Tuhanmu

Sekarang jam 5.45 pagi. Sekejap lagi azan. Sahur sudah, mandi pun sudah. Sedang menunggu masuknya subuh dan solat subuh sebelum tidur semula, agaknya. Hati rasa seperti ingin update ecwid, ecart BYC shop, tapi rasanya aura migraine sudah tiba.

Dari awal saya bangun tadi kepala sebelah kiri sudaherdenyut-denyut. Entah kenapa tiba-tiba migraine datang lagi. Mungkin semalam menahan ata lama sangat, dari subuh hingga ke melakam tidak tidur walaupun mata mengantung sangat. Ada tetamu dirumah, jadi tidak elok jika tidak beramah mesra dengan mereka. Tapi akhirnya saya terpaksa juga mengalah pada mata. Entah bila tetamu balik, tidak perasan pula. Tapi tetamu biasa, sudah pandai datang sendiri dan balik sendiri. Harapnya tidak berkecil hati, memang tidak boleh tahan lagi.

Ingatkan pagi ini hendak mengemas rumah selepas sahur. Sekurangnya pagi nanti tidak perlu berusah-susah dan bersibuk-sibuk ketika anak sudah bangun tidur. Begitulah rutin bulan puasa tahun ini. Lebih-lebih lagi tahun ini sekali lagijadual berubah kerana sudah buka kedai pula. Tetapi memandangkan kepala sudah sakit, tidaklah mahu saya menyusahkan diri sendiri. Silap-silap nanti tidak dapat bangun pula kerana terbaring melayan kepala.

Caffox, si ubat anti-migraine sudah ditelan. Nasib baik tinggal sebiji tadi. Jika tidak pandai-pandailah tahan sakit nanti. Namun sesungguhnya saya tidak perlurisau. Kesakitan ini datangnya dari Allah swt dan selayaknya kepada Allah jugalah saya meletakkan pengharapan. Makanlah sepapan ubat pun jika Allah tidakk benarkan kesakitan ini menghilan, maka akan kekallah jua ia dengan saya. Maka dengan siapa lagi saya patut mengadu jika bukan Allah swt?

Semalam hari yang panjang untuk saya, pagi ke kedai mengendalikan playgroup, petang pula mengendalikan kelas robotik. Dapat mengunting rambut diantara sela masa menunggu kelas berikutnya. Nanti saya cerita mengenai kedai gunting rambut itu, sangat menarik, selesa dan berpatutan pula harganya. Hasil guntingannya juga menarik. Kalau datang ke kedai saya, bolehlah berkunjung ke kedai Jas. Dan jika ke kedai Jas, jangan lupa singgah kekedai saya.

Bercerita kepada kedai, saya bersyukur kerana dikurniakan jiran yang baik-baik semuanya. Kiri kanan dan bawah semuanya saya telah bertegur sapa, Alhamdulillah. Minggu ini minggu ketiga dan banyak lagi kerja-kerja pentadbiran yang perlu dijalankan. Lesen itu ini, dokumen itu ini, aduh semuanya hendak dikerjakan. Foot traffic pula tidak seperti yang diharapkan, begitu juga komen pekedai lain. Tetapi mereka boleh survive, sekurangnya ada yang sudah 3tahun disana. Kata sebahagian mereka, yang penting perlu ada marketing strategy yanag mantap dan usaha yang berterusan.

Ya, chaiyok chaiyok Azurah!

Berusahalah sepenuh tenaga dan dayamu, kemudian serahkan segalanya kepada Tuhanmu.

🙂

3 thoughts on “Serahkan semua pada Tuhanmu

    • effa, saya buka kedai buku menjual produk yang sama di http://byc.com.my. Di kedai tu juga ada buat aktiviti seperti playgroup dan kelas robotik. Lamakan sudah tidak berbual-bual. Sibuk memanjang kerana Umar sudah sekolah. YM pun sudah lama tak on. Tapi effa boleh je sms atau call saya. :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s