Puasa Si Anak 7 Tahun

Lama benar tak menulis, selalunya idea bermain-main dalam kepala terutama ketika shower. Alangkah indahnya kalau ayat yang dikarang dalam kepala terus tertaip di blog ini. :))

Puasa hari ini masuk hari ke 12. Cepatnya masa berlalu. Setakat ini saya masih dapat mengekalkan rekod puasa penuh. Puasa sahaja yang penuh, pahalanya wallahu’alam. Dapat juga khatam sekali pada 10 Ramadan. Itu pun sambungan baca dari sebelum ini. Biasanya saya baca satu atau dua muka, kemudian cuba baca tafsiran dan cerita disebalik turunnya ayat-ayat tersebut. Elok juga sebelum Ramadan pembacaan saya sudah masuk juzuk 29 (Juz Tabarak) dan Juz Amma yang mana sudah agak biasa. Sahabat saya berkata yang bagus jika dapat khatamkan Quran sebanyak mungkin semasa Ramadan, maka saya tinggalkan dahulu pembacaan tafsir Al-Quran.

Namun, masih ada banyak lagi perkara yang saya harap dapat perbaiki sebelum Ramadhan berakhir berbaki 27 hari ini. Maka saya berbuat beberapa perjanjian dengan anak-anak.

  1. Tiada siapa antara kami boleh menjerit/menengking ketika marah termasuk saya.
  2. Perlu solat dengan segera ketika masuk waktu solat.

Oleh kerana kadang-kadang saya tidak perasan akan kesilapan sendiri, saya minta Umar dan Hamzah untuk monitor saya. Setiap kali saya marah-marah atau melengahkan solat, mereka perlu ingatkan saya janji kami ini.

Alhamdulillah, anak-anakkan sangat lurus dan suci sifatnya. Maka mereka tanpa ada rasa takut akan mengingatkan saya tentang perjanjian kami ini.

Saya berharap selepas dilakukan dengan istiqamah selama sebulan, sedikit sebanyak dapat menjadi habit kepada kami.

sawda puasa

Anak ini tidak puasa, tetapi letih mengalahkan orang berpuasa :))

Tahun ini Umar lebih mudah dilatih berpuasa. Cuma semalam sahaja beliau berbuka selepas kembali dari sekolah. Itu pun kerana sewaktu sahur dia tidak makan coklat, maka letihnya satu macam. Ditambah pula dengan hanya bersahurkan sosej sahaja. Alangkan saya yang makan nasi pun letih mengalahkan puasa si anak 7 tahun, apatah lagi Umar yang memang berusia 7 tahun itu.

Ada masa menjelang petang dia sudah tidak tahan. Mulalah merengek dan berbuat perangai. Saya cuma beri dia pilihan samada mahu meneruskan puasa atau boleh berbuka. Cuma, jika tidak teruskan, tidaklah hari tersebut dikira sebagai satu hari penuh. Apabila diberi pilihan, anak lebih bersikap terbuka terhadap perbuatannya itu.

Berpuasa tidak bermakna jika tidak solat. Maka, latihan bersolat pun lebih gigih dilakukan. Kadang-kadang, pada hari minggu,  Umar kembali tidur selepas bersahur. Hati tidak sanggup mengejutkannya dari tidur yang lena, tetapi saya baca dari dalam buku, “Mendidik Anak Agar Terbiasa Shalat”, jangan ikutkan hati itu. Didiklah mereka supaya bangun dan lebih elok lagi jika ajari mereka solat subuh berjemaah di Masjid. Yang itu, abahnya kena mainkan perananlah.🙂

Dalam buku itu lagi menulis, jika dikejutkan anak bangun dari tidur pada hari persekolahan, jangan disebut “Bangun nak, pergi sekolah.”. Seeloknya dikejut untuk mengerjakan solat subuh. Bila anak bangun untuk subuh, terus langsung anak akan bersiap ke sekolah selepas itu. Nasihat yang baik kepada saya, kerana saya pun selama ini kejut Umar bangun sekolah. Jadi jika tidak bersekolah, subuh pun tertinggallah.

Berbuka pula bagi Umar sangat mudah. Oleh kerana kami baru membuka kedai, maka berbukalah kami di kedai setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Sebenarnya seronok juga berbuka di kedai. Ringkas dan mudah. Tidak seperti dirumah, selalu sahaja terlajak makan. Menu Umar pula ada masa cukup dengan cekodok goreng. Semasa berbuka di rumah mak pada Sabtu lepas, Umar cuma minta nasi goreng (bodoh) sahaja.

Anak yang dua orang lagi itu pun berpuasa juga. Puasa yang yuk. Awal Ramadan saya tidak kejutkan mereka ketika sahur. Kononnya hendak kurangkan gangguan. Tetapi selalu benar Hamzah bangun dan menangis kerana dia tidak bersahur bersama. Maka kini, sewaktu sahur kami kejutkan dia. Cuma dia yang pilih untuk tidak bangun pula. Sekurang-kurangnya tidaklah dia marah-marah kerana terlepas sahur bersama.

Eloklah saya kembali tidur sebelum bangun bersahur semula. Silap-silap terlajak tidur, habislah naya sahaja.

Selamat bersahur semua, sebelum itu elok juga bertahajjud cinta dengan Pencipta kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s