Proses dan dokumen membuka premis kedai di Bandaraya Hang Tuah Jaya, Melaka

Berikut saya kongsikan tatacara saya buka kedai di Melaka, masih belum selesai lagi. Insya Allah akan diperbaiki dari masa ke semasa. Akan ditambah dari masa ke semasa.

borang lesen perniagaan hang tuah jaya

1. Cari premis yang sesuai: cari kedai/premis yang murah sewa dan mampu bayar. Dan bagi ibu yang ada keutamaan lain seperti menguruskan anak, kalau boleh dekat dengan rumah. Lokasi baik, ada foot traffic atau parking space yang banyak. Jika tempat sibuk, banyak potensi tetapi parking susah dapat pun boleh menyebabkan orang kurang berminat hendak datang.

2. Buat dokumen perjanjian sewa/beli. Pastikan butiran lengkap dan kita setuju dengan semua yang dijanjikan. Pastikan juga bila tarikh nak bayar sewa, apa yang kita boleh buat/ tak boleh buat tercatat supaya tak timbul masalah dikemudian hari.

3. Dapatkan borang lesen perniagaan dari Pihak berwajib (Majlis Bandaraya Hang Tuah Jaya bagi saya), masing-masing ada senarai semak yang perlu dilengkapkan.

Antaranya, IC pemilik kedai, dokumen sewa beli, Salinan SSM, salinan cukai premis, pelan lantai, gambar kedai, dokumen keselamatan bomba, kalau ada ubasuaian, dokumen kelulusan etc.

4.Jika perlu dokumen sokongan keselamatan dari Bomba, pergi dapatkan dari Pejabat Bomba Zon. Ada senarai semak yang diperlukan salah satunya resit pemadam api.

Setiap kedai kena ada pemadam api (2 buah). Jika kedai sudah ada pemadam api existing, pstikan pressure betul (di penanda hijau). Kalau pressure kurang atau terlebih, kena pergi kedai penyelenggaraan pemadam api, (di Melaka ada beberapa, di Taman Tasik Utama, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang dan satu di bandar Hilir berhampiran sekolah Rendah Pay Fong).

Selepas pressure betul, baru pergi ke Bomba untuk dapatkan resit bagi pemadam api tersebut. Bayaran RM5 sahaja setap pemadam api, proses cepat dalam masa 10-15 minist sahaja jika tiada masalah.

5. Kemudian hantar borang bagi permohonan dokumen sokongan keselamatan bomba, ambil masa dalam 14 hari untuk diproses.

6. Jika ada papan tanda, siap2 dapatkan design papan tanda mengikut keperluan Pihak Berwajib untuk disertakan dalam lampiran bagi permohonan lesen perniagaan.

7. Hantar borang kepada pihak berwajib dan tunggu response.

Nota: sementara buat semua ni, kedai saya sudah pun beroperasi kerana ambil masa yang panjang untuk selesaikan semua ini. Harap-harap tak ada masalah.

One thought on “Proses dan dokumen membuka premis kedai di Bandaraya Hang Tuah Jaya, Melaka

  1. kak, blh tahu bukak kedainya di mana? i mean, shopping kompleks ke apa ya? sebab saya sedang mencari kedai yang berdekatan bandar hilir. kalau akak tahu, harap blh inform juga?terima kasih banyak2🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s