Tips mempersiapkan diri menjadi SAHM

Salah satu daripada kerisauan seorang wanita bekerjaya yang hendak menumpukan hidupnya kepada anak-anak dirumah dan rumahtangga adalah masalah kewangan. Benar. Itu pun juga jadi satu isu kepada saya semasa sedang menimbangkan samada hendak terus bekerja ataupun berhenti dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Wang memang sangat penting. Kedudukan kewangan sewaktu hendak berhenti pun penting juga supaya kita tidaklah kesempitan sehingga makan pun tidak cukup dan berhutang keliling pinggang. Oleh sebab itu, disarankan kepada semua wanita yang baru hendak memulakan pengajian peringkat tinggi (ya, perlu mulakan seawal ini) supaya tidak membuat hutang. Pinjaman pelajaran, PTPTN dan sebagainya merupakan satu hutang yang akan mengikat kebebasan kita.

Saya bersyukur kerana saya mendapat peluang belajar di USM dengan dibiayai oleh biasiswa sebuah bank. Walaupun akhirnya saya perlu bayar semula wang biasiswa itu kerana tidak mahu bekerja dengan mereka, sekurang-kurangnya ada beberapa manfaat yang saya dapat daripada biasiswa tersebut.

  1. 1. Saya terpaksa berusaha lebih gigih supaya tidak keputusan wang ketika belajar kerana salah satu syarat untuk terus dibiaya adalah PNGK 3.0.
  2. Wang yang diberikan adalah sikit bagi setiap semester berbanding duit PTPTN kawan-kawan, maka saya tidak berbelanja besar menggunakan wang yang bukan milik saya.
  3. 3. Oleh kerana pemberi biasiswa adalah bank, maka sewaktu hendak memungut semula wang tersebut pun mengikut cara bank (interest etc). Untuk mengelakkan riba’ dan dikenakan caj yang bukan-bukan, saya buat bayaran dengan lebih disiplin.

Alhamdulillah.

Sewaktu mula bekerja, usahlah terlalu ghairah untuk mengumpul benda dan harta. Maksud saya disini, ada orang yang baru bekerja dan mendapat wang sendiri berbelanja ikut suka hati. Beli barang yang sebenarnya tidak diperlukan, membeli kereta besar (yang tidak mampu ditanggung poket), membeli rumah atas dasar hendak mempunyai rumah dan tidak mempertimbangkan samada akan terus menetap dilokasi tersebut dan yang paling ketara, berbelanja secara tidak berhemah dalam majlis perkahwinan.

Jika semua ini dilakukan dengan tidak cermat, maka kesannya mungkin akan menambahkan bebanan. Ada baiknya setiap perbelanjaan besar ditimbang tara dengan penuh hati-hati. Sekiranya sudah berkahwin, bincangkanlah dengan suami. Yang paling penting, kita susah mempunyai niat untuk menjadi Stay-At-Home-Mom, maka rancanglah kewangan kearah itu kerana kita tidak mahu rancangan dan niat kita tertangguh hanya kerana hutang dan bebanan kewangan.

Juga maklumkan kepada bakal suami tentang perancangan anda, supaya tidaklah beliau terkejut nanti. Ada lelaki yang suka beristerikan wanita bekerjaya. Ada yang kata isteri duduk dirumah tiada potensi diri, dan nampak lekeh dimatanya.

Apapun, banyakkan berdoa, sesungguhnya Allah swt yang maha mengetahui dan pemudahcara.

2 thoughts on “Tips mempersiapkan diri menjadi SAHM

  1. wah… hebat tu nak maintain 3 pointer..🙂
    aku berjaya dpt last sem je..

    scholar aku pun sikit je.. tp aku bahagia skang takyah nak byr balik.. belajar FOC..
    even frust gak la diorang tak offer job mcm yg ada state dlm perjanjian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s