Buang tebiat

Saya sudah lama tidak menulis, Satu, saya sangat sibuk untuk menulis. Kedua, saya khuatir penulisan say tidak bermanfaat. Jadi saya biarkan sahaja.

Tetapi hari ini saya perlu mencurahkan apa yang saya rasa. Walaupun dihujungnya anda akan rasa pelik. Tetapi ia sesuatu yang saya perlu luahkan.

Beberapa minggu ini saya kepingin sekali membeli telekung baru. Saya tidak pernah beli telekung sendiri. Biasanya emak bagi, atau kakak saya beri. Atau saya guna ibu mertua punya kerana dia ada banyak. Kebanyakan masa saya solat menggunakan abaya. Jadi keperluan untuk membeli tidak ada. Tapi saya rasa saya perlukan telekung baru. Semalaman saya browse telekung Siti Khadijah, tapi tak jumpa yang berkenan. Singgah pula kedai berdekatan kedai saya, tapi jarang-jarang. Saya mahu yang tebal. Pelik.

Memang saya pun pelik.

Kebelakangan ini pula, saya sering terkesan dengan kematian. Mula-mula pemergian anakanda tuan ronasina. Kemudian, seorang ibu yang meninggal selepas melahirkan anaknya. Kemudian seorang jejaka muda tidak pun saya kenali cumba baca tentangnya di twitter. Semuanya pemergian yang mengejutkan. Betullah, mana kita hendak tahu bila nyawa diambil Tuhan. kan?

Semalam Pak Long saya meninggal dunia pula. Kematian mengejut buat semua. Saya tidaklah rapat sangat dengan paklong bila diri menginjak dewasa, tetapi keingina untuk pulang kekampung untuk berziarah sangat tinggi pula. Tidak pernah saya menziarah kematian tanpa suami dan nyaris-nyaris juga pergi tanpa mak, semuanya kerana tekad juga mahu pergi melawat.

Pelik.

Saya sendiri rasa pelik.

Pagi ini semasa solat subuh, saya rasa nyawa ini sangat fragile. Rapuh. Saya tidak memiliki kuasa apa pun. Sungguh. Bukanlah sebelum ini tidak tahu. tapi tidak terasa. Cuma pagi ini perasaannya lain benar.

Semasa solat saya jadi menggigil. Bagaimana jika kehidupan saya sampai hari ini sahaja. Sebentar lagi nyawa saya diambil Tuhan? Saya jadi takut yang amat. Saya banyak dosa. Pahala sangat kurang, silap-silap tiada. Anak kecil lagi, bagaimana jika saya belum ajar mereka cukup untuk jadikan mereka soleh dan solehah? Bagaimana jika mereka tidak mendoakan saya?

Takutnya. Sunguh-sungguh takut. Serasa seperti ada yang mengikut saya, menunggu detik masa.

Ya Allah, aku tidak laak untuk syurga-Mu, tetapi aku takut akan siksa neraka Mu.

Maka saya fikirkan ada keperluan untuk menulis. saya ingin mohon maaf dengan bersungguh-sungguh pada semua rakan-rakan yang membaca, mengenali saya di luar talian aau hanya dalam talian.

Saya mungkin pernah menyakiti kalian dengan tulisan saya, dengan percakapan saya, dengan perbuatan saya, dengan muka, tangan, kaki, segala anggota tubuh, dengan hati, dengan hanya terlintas di fikiran saya.

Saya mungkin pernah ambil yang bukan hak saya, hak anda semua, seperti saya makan apa-apa sebelum bertanya tuannya semasa disekolah dahulu.

Jika saya ada hutang, maklumkan saya. Saya akan cuba bayar atau sekurangnya buat senarai supaya suami saya langsaikan pembayarannya jika saya tiada.

Tolonglah maafkan saya. Sungguh-sungguh dan benar-benar saya pohon supaya kuranglah sedikit dosa saya dengan anda, selebihnya saya pohon pada Allah swt.

Jika ini entry terakhir, ini namany entri buang tebiat.

Jika bukan, saya tetap akan mati bila-bila sahaja, jadi maafkan sahaja saya ya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s