Hijrah kerana apa?

Post terakhir aku cerita pasal aku cari kerja, dan belum hantar resume. Lama betul rasa tak update blog sebab selepas dari pos itu, macam-macam terjadi pada aku.

Pindah rumah ke lain negeri, interview dan dapat kerja, anak-anak mula bersekolah, dan banyak lagi.

Satu sahaja yang aku kena ingatkan diri aku berkali-kali, aku mesti sentiasa perbaharui niat aku hari-hari. Hijrah kerana apa.

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Haa sekarang, kau nak apa? Apakah cukup sekadar dunia?

Soalan ni aku tanya diri sendiri je. Takkan nak habis di habuan dunia kan. Walaupun habuan dunia la yang kita nampak depan mata.

Seronok, dekat dengan anak-anak. Dulu ada seorang anak yang terpaksa membesar menjaga diri sendiri (alhamdulillah, Allah Al Hafidh – Maha Menjaga) sedang kami jauh di utara. Kini kadang-kadang hantar anak lain ke sekolah boleh nampak dia berkayuh dengan tim di sekitar Nilai. Nikmat juga tu bagi seorang mak.

Cerita pasal kerja, kerja is ok. OK sangat Alhamdulillah. Ada learning curve sebab aku tak pernah “officially” buat kerja talent acquistion tapi Alhamdulillah dapat cope. Ada kerja-kerja dalam pekerjaan itu aku belum cekap, tapi inshaa Allah boleh manage.

Gaji wise, Alhamdulillah. Jika diberi lebih lagi pun lebih syok :))

Yang paling utama, flexibility dari segi lokasi bekerja dan masa menjalankan pekerjaan. Ini aku rasa aku tak jumpa cari kerja lain. Atau maybe ada tapi aku malas nak fikir.

In last post aku tanya ada tak kerja makan gaji dari rumah? Ada jawapannya. So kalau anda tengah cari kerja, don’t despair.

Allah ada, minta pada Allah swt. Allah boleh bagi mudah-mudah je kalau Allah berkehendak nak beri.

Cari Kerja

Saya ada beberapa kali ingin mencari kerja. Selepas beberapa tahun bekerja sendiri, menjalankan bisnes, ada masanya saya rasa makan gaji pun seronok juga.

Tak banyak perkara yang perlu difikirkan seperti mencari sales, bayar gaji, sediakan dokumen untuk audit dan paling menyampah ialah bayar tax.

Tapi bayar tax ialah masalah yang bagus. Apabila boleh bayar tax maksudnya bisnes itu ada perkembangan.

Itu cerita lain kali, tapi saya memang rasa sedia nak kembali ke workforce.

Alangkah bestnya kalau boleh kerja di rumah. Makan gaji, tapi di rumah.

Oh, sebenarnya ada sahaja kerja yang boleh dibuat dirumah. Ada sahabat yang sudah suruh hantar resume.

Tapi, tapi lagi…sebab lama sangat tak bekerja dengan orang, saya jadi cuak.

Huhu.

Macam-macam alasan. Inshaa Allah, jika sesuai saya akan hantar resume semula.

Apapun, kerja kerana Allah swt, duduk dirumah pun kerana Allah

Motivasi, buat dulu baru datang kemudian

Kita selalu rasa tak bermotivasi nak buat sesuatu, tunggu datang motivasi. Walhal silap cara kita fikir. Nak tunggu motivasi datang, sampai bila pun tak tiba.

Cara fikir yang betul adalah, kita perlu paksa diri buat sesuatu, kemudian ia akan jadi mudah dan semakin mudah kepada kita.

Kemudian kita selalu dengar juga, perlu ada big why untuk buat sesuatu.

Why itu penting, tetapi yang lebih penting adalah mempunyai why yang betul.

Apa WHY yang betul? Tak lain tak bukan, semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tiada yang lebih besar dari redha Allah terhadap apa yang kita kerjakan di dunia buat bekal kita di akhirat.

إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ ٢

Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;٠ (Al Layl: 20)

The IT Girl

Aku dulu masa sebelum masuk USM dan ambil kursus Computer Science, aku tak pandai on komputer pun. Pelik, tapi benar. Teknologi kan berganti dengan sangat pantas.

Kemudian first day aku masuk lab di USM, pakai Redhat, aku tak sure macamana nak work with the computer. Gah. Waktu tu jeling-jeling Dila kat sebelah.

The whole 3 years aku kat USM, aku selalu kagum orang boleh reformat komputer (teringat dulu kita selalu minta Ben Affleck formatkan komputer, kan lennykan?) 

Then satu lagi yang aku tak pandai ialah create website. Bukan tak pandai, tapi aku tak pernah belajar from scratch, maka kalau aku tak dapat mana pangkal mana hujung, aku memang jadi tak tahu la maknanya.

My strength ialah cari kesilapan. Ahaha, honestly, aku memang cepat tangkap error dalam programming and code. Tapi tetap ia tak membantu aku dalam 2 benda yang aku tak pandai atas tadi.

So turning pointnya ialah bila aku kerja di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka tahun 2004 dulu. Technician di situ ialah Kak Junaida. Kak Jun dari politeknik dan dia sangat cekap dalam kerjanya, Masha Allah. Dialah yang ajar aku macam-macam, dari formatting sampai la ke crimping cable semua aku pandai dah lepas tu. Semenjak tu aku sangat respek dengan graduates Politeknik.

Nak ceritanya, hari ni aku start main dengan cPanel sebab nak install WordPress untuk blog 6th Scents. Installing is easy, but pointing the domain to the link that i want, which is 6th.scents.my tak berjaya lagi.

Selain tu aku pun sibuk gak dok migrate my data to my new Macbook Air (which i will share in different post) and reformatting the MacOS in the old one so that my kids can use a fresh Mac.

I am so thankful that Allah put me in Comp Science School when i was a teenager because it changes my life and the way i think and operates.

Apakah? :))

Tak boleh patah balik

So recently, i feel so suffocated in facebook and i choose to go cold turkey and deactivated my account.

Selama ni aku gunakan alasan berniaga dan banyak nota 6th scents disana, tapi aku fikir, hey, i really can do without Facebook.

Without saying goodbye, i just click the deactivate button.
For the umpteenth time, i would say this is soooooo liberating. I had to reactivate last weekend because my content maker needed the access to the notes to transfer it to the Google Classroom. Only she visited the account. i did not.

A tip from Fazirah, remove the apps from the phone. Automation makes everything easier. It also makes our life automated.

Another thing that made it easy for me was, i could not opened facebook on web for god knows why. So yeah, hurdles stopped me. Had there no hurdles, i would have different experience.

Week 2, without reading people’s opinions, people comments, unnecessary informations, one thing for sure, if the news is meant for you, it will reach you no matter what.

Trust me on that.

Meraikan Perbezaan Pelajar Ketika Memberi Respon

Nabi Muhammad SAW sangat meraikan perbezaan setiap sahabat yang belajar, sama ada ketika dakwah mahupun menjawab persoalan. Baginda berinteraksi berdasarkan kefahaman individu itu dan bersesuaian dengan kedudukannya.

Nabi Muhammad SAW turut menjaga perasaan orang yang baru belajar. Baginda tidak mengajar kepada mereka apa yang diajarkan kepada golongan yang telah lama mengenali Islam. Baginda juga menjawab persoalan yang diajukan berdasarkan kepentingan dan situasi orang tersebut.

1.Nabi pernah berkata kepada Muaz : “Mana-mana hamba yang bersaksi dengan ikhlas bahawa tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya, maka Allah akan mengharamkannya dari api neraka.”

Lalu Muaz bertanya : “Bolehkah aku mengkabarkannya kepada manusia lain agar mereka gembira?

Kemudian Nabi berkata : “Tidak boleh, kerana takut-takut mereka akan bertawakkal buta (tanpa beramal).

-Bukhari & Muslim

Hadith ini menggambarkan tidak semua ilmu yang diketahui diajar kepada semua orang walaupun dia mampu memahaminya tetapi dia tidak mendapat manfaat daripadanya, apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak boleh memahami ilmu itu.

Di sini Nabi mengenal mad’unya (orang yang didakwah), golongan yang sudah lama memahami Islam berbeza dengan golongan yang baru.

Menyembunyikan ilmu pula satu dosa tetapi menyampaikan kepada orang yang tidak mampu memahaminya boleh membawa mudarat lain yang akan disalahertikan dan disalahgunakan.

2. Seorang lelaki bertemu Nabi meminta izin untuk berjihad. Lalu Nabi bertanya, “Apakah kedua-dua ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu menjawab, “Ya!” Lalu Nabi berkata, “Berjihadlah di sisi mereka (berbakti kepada kedua ibu bapa) kerana yang demikian itu menyamai pahala jihad (menentang musuh).

-Bukhari & Muslim

Hadith ini menggambarkan Nabi melihat kepada situasi sahabat yang bertanya agar mendahulukan perkara yang lebih penting baginya. Nabi memerhatikan keadaan dan kemampuan lelaki tadi yang kemudiannya memberi respon sesuai dengan keadaannya.

3.Sahabat pernah bertanya, “Apakah amalan yang paling afdhal dan apakah ciri-ciri Islam yang terbaik?

Nabi pernah menjawab menjamu makanan dan mengucapkan salam kepada yang dikenali ataupun tidak.

Nabi pernah menjawab beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian berjihad di jalan Allah, kemudian haji yang mabrur.

Nabi pernah juga menjawab solat pada awal waktu, berbakti kepada kedua ibu bapa dan berjihad di jalan Allah.

Nabi pernah juga menjawab beriman kepada Allah, menghubungkan silaturrahim dan menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

– Bukhari, Muslim, Abu Ya’la

Kepelbagaian jawapan Nabi ini menjawab persoalan individu yang berbeza-beza adalah untuk meraikan keadaan, keperluan dan suasana orang yang bertanya. Ini membuktikan Nabi seorang pendidik yang unggul, melihat keadaan mad’u (orang yang didakwah) dan memberikan respon yang terbaik bagi meraikan setiap daripada mereka.

Layanlah setiap karenah anak dan pelajar mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Jika perlu tegas maka bertegaslah, jika santai dan berlembut maka santunilah, jika suasana menghiburkan dan melucukan, maka bergelak tawalah bersama mereka. Raikan kepelbagaikan sikap dan perangai mereka, kelak mereka sangat menyanyangi dan merindui kita sebagai pendidik.

#dewdemy
Facebook : 9/8/2021

Atlet Berbasikal Remaja ke 2021 Egypt Junior Track Cycling World Championship

Alhamdulillah, selepas 2 tahun berlatih, finally ada tempat hendak menambah experience.

Bukan mudah, bila start Covid, semua pergerakan terhenti. Termasuklah race. Tapi riders ni berlatih. Macam tak ketahuan juga berlatih untuk apa. Agaknya kalau tak betul-betul give up juga.

Sekarang 7 atlet Remaja ini di Kaherah, Mesir. Ada 2021 Egypt Junior Track Cycling World Championship. Inshaa Allah bermula 1-4 September. Masa berbaki sebelum perlumbaan, ada latihan formal di track.

Satu perkara tentang berbasikal ni (dan mungkin acara lain juga), masa setiap orang makin lama makin rendah. Jadi memang petunjuknya ialah masa hari pertandingan, baru kau tahu kedudukannya di mana. Kita rasa kita dah laju, tapi orang lain pun turut sama laju.

Umar dari kecil memang suka roda, machine dan laju. Ini aku memang perhatikan dari dulu. Dia juga pendiam dan pemendam. Ini menyakitkan jiwa aku sebab aku tak tahu apa dia nak dan fikir.

Apapun, aku doakan supaya sihat sejahtera sepanjang disana, semoga dapat beraksi dalam kondisi tiptop dan mempamerkan prestasi cemerlang.

Inshaa Allah acaranya ada 4, Team Sprint (ujian masa dalam pasukan bertiga), Sprint dan Keirin (acara Datuk Azizol) dan 1km ujian masa.

Aku doakan juga, pengalaman yang dikutip akan bawa manfaat dunia dan akhirat. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah iman hendaknya.

Bittaufiq wannajah, Umar Hasbullah, Akmal, Afiq, Shidi, Dolly, Nyo dan Aliana. Makcik doakan dari kejauhan!

❤️❤️❤️

#Cairo2021

Apa Makna Saya Sebagai Ibubapa menurut Perspektif Wahyu?

Apa Makna Saya Sebagai Ibubapa menurut Perspektif Wahyu?

Much needed. Perangai anak memang macam-macam.

Sedang dibincang, Akhlak Al Quran: skill pengurusan emosi ibubapa antaranya:

1. Menahan marah
2. Memaafkan tidak memberi hukuman
3. Berlapang dada
4. Menutup aib kesalahan anak-anak
5. Berlaku ihsan

Susah nak buat kan? tapi ini dari wahyu, takkan nak tolak wahyu.

Allah, Allah, bantulah hambaMu ini.

#Quranicparenting

Tempoyakkan aje

Hari ni (oleh kerana post ini aku ambil dari facebook, jadi tarikh dah tak relevan), dalam sejarah, aku buat tempoyak.

Kasih kat kawan punya pasal hahaha.

Durian batu kurau, jangan main- main tau. Puncanya, courier peram lama. Jadi tak mampu nak makan masa tiba.

Liyana Anaqi kata, “kau tempoyakkan je”.

Bila dia dah bagi kaedah, takkan kau nak sia-siakan masa , tenaga dan durian dia.

Maka, hari ini dalam sejarah, kami ada sebalang tempoyak in the making.

Tempoyak ✅

#homesteading