Jenguk-jenguk rumah sebelah

Saya ni sedang menjenguk-jenguk rumah sebelah. Bukan apa, jiran sebelah saya ni upah orang bersihkan rumah. Dulu saya pun ada, Indonesian yang buat kerja tiptop juga. Habis saya sekali kena sound sebab tak jaga rumah bersungguh-sungguh.

Eh confuse, siapa tuan rumah nih? LOL.

Tetapi sayangnya tak lama sebab dia bekerja di Singapura sekarang ni. Kelakar juga, Indonesian tinggal di Malaysia tetapi bekerja di Singapore.

Anyway, dari minggu lepas nak berjumpa dengan akak ni. Tetapi tidak berkesempatan. Hari ini dia datang lagi. dari tadi saya menjenguk-jenguk sibuk sahaja dia di sebelah nih.

—–

Oh, finally. Dapat juga bercakap dengannya. Deal pun sudah dibuat. Dia akan datang mengemas rumah seminggu sekali. Berapa bayarannya? RM30 sekali datang. Hmm… murah kan? Rumah jiran sebelah dia ambil RM40 siap sekali dengan masak dan sebagainya. Tapi dah betullah tu, jiran saya bekerja suami isteri.

Oh, kalau ada yang tertanya-tanya, dah la tak bekerja, ada niat pula nak upah orang mengemas rumah. Kenapa?

Kita ni kenalah bijak sedikit. Saya dirumah uruskan anak dan suami. Kerja rumah yang boleh didelegasi silalah jangan menyusahkan diri. Kalau mampu upah orang, janganlah lokek keluarkan wang. Lagipun kadar upah di Melaka (Merlimau) masih boleh dibayar lagi. Kita pun tidak terbeban, boleh juga bantu ekonomi orang kampung sendiri. Nanti-nanti, dia akan singgah juga Petronas isi minyak. Duit tu tak kemana. Berkitar disekeliling sini juga.

So lepas ni boleh pasang badan. Hahaha.

Ingat ya, no one asks you to be a supermommy. So don’t burden yourself with the unnecessary.

6 thoughts on “Jenguk-jenguk rumah sebelah”

    1. i tgk dia datang kat rumah jiran i tu dari pukul 8.30 tadi sampai i ambik budak ada je lagi and that was 12.00 o’clock.

      most of the work kat rumah dah ada org buat, cyma bab sawang, vacuum, mopping tu la yg rajin sgt

  1. saya pun tengah cari ni wawa. Tak larat nak dibawanya badan. dengan anak-anak suami dan rumah. baju, mainan anak dan masak. sangat tak sayang badan. kalau badan boleh berbicara, pasti saya kena leter…

    šŸ™‚

    1. huhu, takutnya kena leter dgn badan sendiri kan. at times saya rasa lebih selesa buat kerja sendiri tp tutup mata jelah. ada byk lagu benda2 besar yg nak difikirkan kan effa

Tinggalkan komen