Fail on me


I made cream puff today.

Penat cik kiah pergi fresco cari nozzle. Dah siap dough cantik-cantik, sekali nozzle tu fail on me on 1st attempt pulak tu. At least whooz kata dia sempat tenyeh 3 kali. Jahat tau nozzle nih.

Tapi cik kiah gigih. And finally, a plate of homemade cream puff for tonite dessert.

Sawda loves it. So cik kiah loving it even more la kan.

Btw, resepi tidak dilupakan. Diambil dari recipesforkeeps.

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. kemudian sapukan minyak/butter pada loyang pembakar. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Apabila adunan terbentuk seperti doh,tutup api dan biarkan adunan betul2 menyejuk.
5. Apabila adunan sudah betul2 sejuk,pukul menggunakan mixer, masukkan telur sikit demi sikit & teruskan putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180’C dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Custard filling

Bahan2:
500 ml susu segar/susu cair pun boleh
100 gm gula (saya kurang 90 gm saja)
80 gm tepung custard

cara2:
-masukan semua bahan2 ke dalam periuk,kemudian kacau rata biar tiada sebarang ketulan.
– masakkan di atas api kecil sambil terus mengacau supaya adunan tidak berketul2
-apabila adunan nampak semakin pekat ,tutup api dan terus kacau.
– gunakan inti kastard ini dengan segera kerana inti ini mudah beku.

Cara meletakkan inti :
-anda boleh membelah cream puff dan sudukan inti kastard ke dalam nyer
-atau pun anda boleh masukkan inti kastard ke dalam piping bag dan kemudian paipkan ke dalam cream puff.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s