Pelaburan Payung Emas

Ini bukan entri cerita pasal perniagaan emas yang kami jalankan. Bukan juga nak promote supaya melabur dalam emas. Tapi kalau berminat, konteklah sahaja DuaLogam Merlimau. Insya Allah ada produk yang sesuai untuk anda semua.

Siang tadi saya ke sekolah Umar. Tunggu surat pendaftaran Tahun 1 tak tiba, jadi sebagai ibu proaktif (boleh juga kata terlebih aktif) saya ke sekolahnya. Saya diberi borang-borang untuk diisi dan dibawa ke sekolah pada hari Sabtu. Bila lihat borang dan dokumen yang diperlukan, saya baru sedar yang hidup saya betul-betul berubah.

Saya tidak ada slip gaji lagi. Tiada juga pengesahan majikan. Jumlah pendapatan seisi keluarga juga sudah berubah. Selama ini saya bayangkan diruangan pekerjaan ibu akan tertulis jawatan lama saya. Habis tu apa pula yang hendak diisi sekarang? Everything is surreal. I am a bit scared and to tell you the truth, i have been getting nightmares lately. Seriously.

Namun begitu, kenalah ingatkan diri sendiri, saya yang pilih jalan ini.

Baru-baru ini suami saya beritahu sebenarnya yang mendapat keuntungan optimum daripada kehadiran saya dirumah secara sepenuh masa bukan dia, bukan anak-anak, tetapi ibu mertua saya.

Ya, ibu mertuaku.

Ibu mertua saya tinggal bersama kami. Sudah lebih kurang 6 tahun selepas majlis kenduri kahwin adik ipar saya berlangsung dirumah kami duduki ini, suami tidak menghantar beliau kembali kerumahnya. Infact, the house is no longer there. Sudah roboh. Takut jadi sarang penagih.

Ibu mertua saya juga penghidap skizofrenia. Secara mudahnya pesakit skizofrenia mengalami kemurungan dan depressi, halusinasi dan delusi. Gangguan-ganguan ini wujud dari pelbagai punca, biasanya dikaitkan dengan neurosis yang tidak dapat dikawal oleh minda pesakit. Boleh baca lebih lanjut di blog 5sal13 ni.

Adakala dengan saya sekali terganggu, lebih-lebih lagi waktu saya sibuk atau penat baru balik dari kerja. Tak larat nak layan rasanya. Biasanya, ibu mertua saya bergantung kepada ubatnya. Jika tak diberi, haru juga nanti.

Oleh itu, sudah lama saya tak beri ibu mertuaku memasak atau melakukan kerja rumah. Bukan apa, saya tak mahu buat kerja berulangkali. Almaklum, orang tak sihat buat kerja, manalah nak sama dengan orang yang sihat sejahtera.

Tapi, kini saya lihat keadaan lebih baik baginya. Beliau kurang keluar rumah, kurang juga bercakap-cakap seorang diri. Dengan adanya saya dirumah,  saya dapat pantau ibu mertua saya. Bukan pantau macamana pun, orang sebegini tidak boleh duduk seorang diri tanpa ada aktiviti. Jadi saya minta beliau siangkan ikan dan barang basah, lipatkan baju, potongkan material untuk kraf ALIMKids Playgroup heheeh.

Kerja-kerja yang menyibukkan diri. Maka tak ada ruang untuk gangguan yang tak diundang itu.

Kata seorang Haji, yang merupakan rakan sekerja saya di Stamford College dulu,

“Kalau kau tahan, payung emas syurga tu”.

Saya memang mengidamkan payung emas di syurga. Harap-harap saya kekal sabar menjaganya.

Kata suami saya pula,

“Entah-entah bukan saya yang jaga mak mertua saya esok-esok. Mungkin juga saya yang sakit dan dia yang jaganya.”

Mungkin juga, nasib kita tiada siapa yang tahu.

8 thoughts on “Pelaburan Payung Emas”

      1. x de la..i think because u never complained about that! ye la for some people mesti dah byk songeh dah. I memang salute org yg tinggal dgn MIL. Bukan calang2 orang tau!

      2. that’s what i am thinking. kalau i takp ernah cerita meaning i tak de la cakap buruk2 ke apa2 pada you ehehhe.

        alhamdulillah. Ni bahagian i.

  1. insya allah

    hidup ini ibarat roda, ia berpusing…percayalah…ade umur kita semua, kita saksikan nanti umar atau hamzah pasti punya isteri yang amat menyayangi ibu mertuanya…

    percayalah..yakin pada Allah swt

    1. Yakin, sesungguhnya yakin. Mungkin juga balasannya bukan begitu. Apa pun caranya harapan aku biar yang baik2 sahaja kan

Tinggalkan Jawapan kepada wawa Batal balasan